JANGAN TERTIPU. TAKTIK PENGEMIS PURA-PURA KENA LANGGAR BIASANYA PADA PEMANDU WANITA.

Sumber imej: kosmo.com.my

Zaman sekarang, pengemis di jalan-jalan utama di ibu kota nampaknya semakin berleluasa. Bukan sahaja dewasa, malah mereka sudah beranak-pinak menjadi keluarga pengemis yang malas buat kerja tapi nak untung besar. Banyak taktik yang berbeza digunakan, dan antara yang terbaru ialah mereka berlakon seolah-oleh menjadi ‘mangsa kemalangan’. Kena langgar betul baru padan muka!

Kalau tak silap, scam sebegini bermula di negara China dan sangat popular di YouTube yang mana ramai orang kongsikan video ‘mangsa kemalangan’ kantoi menipu dilanggar semata-mata ingin menuntut pampasan. Rata-rata boleh melihat orang sekeliling seakan bingung kenapa dia berbaring di hadapan kenderaan walaupun tidak dilanggar? Sekarang, nampaknya trend sebegitu semakin banyak pula yang berlaku di Malaysia ya?

Sumber imej: sabahpost.net

Disebabkan banyak kejadian pelik yang berlaku di atas jalan raya, sebab itulah kita amat disarankan untuk memiliki dashcam untuk merakam segala kejadian atau bukti. Sama seperti satu insiden yang dikongsikan oleh seorang gadis yang mana pada waktu kejadian, beliau sedang memandu pada waktu malam di sekitar ibu kota.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang tidak berbaju muncul di hadapan kenderaan gadis itu di sebuah hentian lampu isyarat. Lelaki itu meminta wang sambil memegang perut dan menadah tangan namun gadis itu tidak mempunyai wang tunai. Mungkin tidak puas hati sebab tidak mendapat wang, lelaki itu tetap berdiri di hadapan kenderaan gadis tersebut sehingga lampu bertukar hijau. Yang peliknya, selepas gadis itu membunyikan hon, lelaki tersebut terus berpura-pura jatuh seolah-olah dia dilanggar oleh gadis berkenaan.

Sumber imej: says.com

Memang sampai macam tu sekali mereka berlakon semata-mata untuk mendapatkan wang. Menjiwai watak sangat ni namun semua orang sudah lali dengan taktik bukan-bukan pengemis di Malaysia. Mungkin geng pengemis ingat kalau nak scam pemandu wanita lebih mudah kot sebab orang perempuan biasanya mudah kesian atau cuak bila berdepan dengan situasi sebegini.

Nasihat kami di Automology, jika ianya berlaku kepada anda, TOLONG ABAIKAN DAN JANGAN KELUAR KERETA! Apa yang anda boleh buat ialah rakam video sepanjang insiden itu, perlahan-lahan undur kenderaan anda atau bunyikan sahaja hon tanpa henti supaya pengemis itu melarikan diri dari lokasi kejadian. Beringatlah sebelum kena. Yang penting, sentiasa peka dengan isu semasa dan keadaan sekeliling.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.