Jalan Ini Paling Bahaya Di Ampang. Setuju Atau Tidak?

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan yang bahaya? Mungkin disebabkan oleh:

  • Jalan berlubang
  • Selekoh tajam
  • Gelap atau suram lebih-lebih lagi pada waktu malam
JIMAT KOS MINYAK. UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN PRODUK INI:

Namun, sedar atau tidak? Peraturan laluan di sesuatu jalan itu yang mengelirukan juga boleh menyumbangkan kepada risiko bahaya kepada pengguna jalan raya. Contohnya sama seperti di laluan bawah jejambat (flyover) sekitar Ampang Jaya (berdekatan apartment M City Jalan Ampang). Bayangkan dua laluan bertentangan yang mempunyai selekoh tanpa garis jalan ini dibenarkan untuk bergerak bersama dalam satu masa yang sama! Maksudnya, lampu isyarat di kedua-dua laluan bertentangan ini bertukar hijau pada waktu yang sama. Tapi, mana bahayanya? Lihat sahaja pada imej di bawah:

Selepas hampir setiap hari melalui jalan ini, penulis sedar yang peraturan di laluan ini sebenarnya sangat bahaya dan mengelirukan. Kadang-kadang, kereta di kiri atau kanan terlalu laju dan seakan menghimpit kenderaan di tengah yang turut mempunyai kesulitan untuk mengelak kenderaan dari laluan bertentangan. Mungkin ada yang bagi cadangan untuk letakkan garisan putus-putus di tengah? Lagi pening dibuatnya.

Sumber imej: 9gag.com

Iya, mungkin pihak berkuasa buat dua lampu isyarat dari laluan bertentangan hijau pada masa yang sama adalah untuk menjimatkan masa menunggu. Tambahan pula laluan itu merupakan antara laluan paling utama dan sibuk di bandaraya Kuala Lumpur. Namun, bagi pendapat kami, seharusnya pihak berwajib perlu memastikan hanya satu lampu isyarat yang hijau pada sesuatu masa, bukannya dua laluan hijau sekaligus! Senang cerita, ikut giliran sama seperti di laluan empat persimpangan yang lain. Jika jalan lurus tak mengapa. Ini siap ada selekoh lagi. Memang mengundang bahaya.

P/S: Mesti ada yang komen dia lalu hari-hari tapi tak ada apa-apa pun yang berlaku? Habis tu, takkan la tunggu ada kemalangan dulu baru nak buat perubahan?

Sumber imej: sphere.hr
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.