Jalan Bertukar Jadi Merah Sebab…Tomato?

Sumber imej: hotcars.com

Ibarat berada dalam filem seram, jalan tiba-tiba bertukar menjadi merah dan dalam dilihat cebisan-cebisan kecil berwarna seperti darah. Sekali imbas, ramai pengguna jalan raya yang ingatkan ada satu kemalangan teruk yang berlaku sehingga darah terpercik sebegitu. Namun rupa-rupanya, ianya cuma puri tomato bercampur dengan minyak zaitun.

Kemalangan yang berlaku di sepanjang lebuhraya Cambridge dan Brampton di United Kingdom itu dikatakan terjadi di antara dua buah lori besar di mana salah satu lori tersebut membawa puri tomato. Hasil daripada kemalangan itu turut membuatkan pihak polis berkata bahawa sejurus mereka tiba di lokasi kemalangan, mereka terus terbayangkan aksi dalam filem seram. Walaupun tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan, namun kejadian ini telah pun tular di media sosial.


Ini bukanlah kali pertama kemalangan yang membabitkan makanan bertaburan di atas jalan. Dulu pernah 12 tan coklat tumpah di sebuah lebuhraya di Poland. Bukan setakat jalan jadi sesak, malah ramai peminat coklat kecewa sebab bayangkan 12 tan coklat terbuang begitu sahaja. Sayangnya kan?

Sumber imej: mashable.com

Nasib baik berlaku kat luar negara. Masihkah anda semua ingat suatu ketika dulu ada treler susu terbalik di Malaysia. Lagi memalukan orang kampung seakan berpesta pergi kutip susu tu buat macam harta sendiri. Itu hak orang, kalau ambil tanpa izin dikira mencuri tau. Sampaikan pemilik pula terpaksa merayu supaya pulangkan balik susu dia.

Sumber imej: orangkata.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *