“TUNGGU YB LAMBAT LAGI LA.” AKHIRNYA RAKYAT TURAP SENDIRI JALAN BERLUBANG
“Ini duit saya, ini duit anda, ini bukan duit Yang Berhormat (YB).”
Itulah luahan seorang lelaki selepas tular perbuatannya menulis perkataan ‘duit saya’ menggunakan cat kuning selepas membaik pulih jalan yang berlubang menggunakan wang awam di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Menurut beliau lagi, sudah beberapa kali aduan dilakukan kepada pihak berwajib (Adun Taman Sentosa Klang) namun malangnya tiada sebarang tindakan yang dilakukan.
Menerusi video berdurasi 27 saat itu, individu terbabit turut memberikan penjelasan bahawa tujuan dia melakukan tindakan itu adalah untuk memberikan mesej jelas kepada semua orang bahawa segala jenis kerja membaik pulih jalan itu dibuat dengan menggunakan wang orang awam sendiri.
“Ini duit saya. Ini bukan duit YB. Kita buat begini supaya mereka tak claim. Faham tak?” Ujar lelaki tersebut lagi. Jika kita lihat pada ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang menonton video itu turut mengutuk dan mempertikaikan pihak berwajib yang didakwa tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aduan yang dilakukan oleh penduduk di situ.
Marah sangat abang ni nampaknya. Macam mana dia dan penduduk lain tak marah jika aduan sudah dibuat, tapi tiada tindakan. Jalan berlubang bukan sahaja menyusahkan penduduk setempat, malah ia juga mengundang bahaya lebih-lebih lagi pada musim hujan. Benda senang je, kalau buat kerja cepat, orang takkan mengamuk.
Tapi, kalau ikutkan kita sebenarnya kena buat aduan pada pihak Adun atau majlis perbandaran kalau ada masalah macam ni ya?