JAGUAR XJS KLASIK TERASA ‘BAHARU’ DENGAN X-1R PETROL DECARBONISER

jaguar xjs
Encik Peter Chan bersama Jaguar XJS miliknya

Di saat sebuah kereta mewah klasik seperti Jaguar XJS meluncur di atas jalan raya di Malaysia, pasti akan ada mata yang memandang. Kereta Jaguar XJS yang dibuat pada era 1970an sehingga 1990an ini memang sangat unik dan elegan, maka tidak hairanlah jika ia mempunyai peminat tersendiri termasuk Encik Peter Chan yang amat meminati kereta klasik yang kini kian kurang dipandu di jalan raya di Malaysia. 

“Saya memang minat terhadap kereta klasik ini terutama kereta Jaguar XJS. Ini merupakan Jaguar XJS kedua yang pernah saya miliki selepas membelinya kali kedua pada tahun 2017”.

Mungkin didorong perasaan teruja apabila memandu dan memiliki sebuah kereta klasik, Encik Peter Chan juga sanggup membelanjakan wang ringgit untuk membuat restoration pada kereta ini yang dibuat secara berperingkat. Ini termasuklah warna cat dan juga bahagian dalaman (interior) seperti kusyen dan lain-lain. Patutlah kereta ini kelihatan sangat memukau dan seperti baharu! Hasilnya memang terbaik!

Menurut Encik Peter Chan lagi, walaupun wang yang dibelanjakan agak besar termasuk kos penyelenggaran dan sebagainya namun beliau tetap berpuas hati. Malah, selepas menyertai persatuan kereta klasik Practical Classic Drivers, beliau kini boleh berkongsi rasa minat yang sama bersama dengan pencinta kereta klasik yang lain. Selain itu, beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai program ‘Rentas Peninsular 2.0: We For She’ yang dianjurkan pada November 2023. 

Di sana, banyak tips penjagaan yang dapat dikongsikan bersama pemilik kereta klasik yang lain dan dari sana jugalah Encik Peter Chan mula jatuh hati dengan produk X-1R iaitu X-1R Petrol Decarboniser. Menurut beliau, selepas menggunakan X-1R Petrol Decarboniser pada program Rentas Peninsular 2.0 itu, beliau dapat rasakan perubahan yang agak ketara kepada prestasi Jaguar XJS miliknya. 

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini keretanya terasa sedikit kasar selain mempunyai getaran serta bunyi namun semua itu perlahan-lahan hilang selepas menggunakan X-1R Petrol Decarboniser. Ternyata, bukan Encik Peter Chan sahaja yang memperakui perubahan prestasi pada kereta klasiknya malah rakan-rakan seperjuangan yang lain turut mengakui perkara yang sama selepas mereka menggunakan X-1R Petrol Decarboniser.

Jadi, apa kelebihan X-1R Petrol Decarboniser ni? Untuk pengetahuan semua, X-1R Petrol Decarboniser telah dirumus secara saintifik untuk memulihkan sistem penghantaran bahan api kenderaan anda yang menjadikan prestasi keseluruhan kenderaan anda sama seperti kenderaan baharu! Patutlah kereta klasik seperti Jaguar XJS pun terasa lebih ‘muda’. Selain itu, X-1R Petrol Decarboniser turut mempunyai kebaikan yang lain. Antaranya:

  • Menghapuskan deposit karbon
  • Membersihkan fuel injectors dan throttle body
  • Melancarkan keseluruhan sistem penghantaran bahan api
  • Menghilangkan lembapan dari tangki
  • Mengurangkan penggunaan bahan api

Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan sekarang di https://www.x1rasia.com/

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.