Italy Euro 2020: Mula Dengan Kereta Kawalan Jauh Dan Kini Bom Kereta Pula?

Sumber imej: canva.com

Selepas terpaksa menangguhkan acara Euro 2020 selama 12 bulan akibat pandemik Covid-19, akhirnya perlawanan bola sepak Eropah itu dilangsungkan pada 11 Jun 2021 di Itali.

Apa yang menarik semasa acara pembukaan di antara Itali dan Turki, penonton memberikan pelbagai reaksi apabila bola perlawanan (matchball) telah dihantar menggunakan kereta kawalan jauh Volkswagen, selaku penaja utama. Malah, aksi tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai komen dan ‘troll’ oleh penonton yang menyaksikan perlawanan pada malam itu, lebih-lebih lagi di laman media sosial Twitter.

Sumber imej: thesun.co.uk

Di sebalik kemeriahan sambutan Italy Euro 2020, namun lain pula yang terjadi semasa sebelum perlawanan di antara Switzerland dan Itali semalam. Keadaan berdekatan Stadium Olimpico agak kecoh apabila pihak berkuasa di sana mendapat laporan tentang kereta bom!

Kemudian, pihak polis terpaksa melakukan sekatan jalanraya untuk memastikan keselamatan orang awam terjamin. Pada mulanya pihak berkuasa sangka bom itu adalah untuk menakutkan penonton bola sepak yang mula membanjiri stadium. Rupanya bahan letupan itu diletakkan dalam kereta Smart kelabu milik Marco Doria, iaitu presiden kepada pembangunan semula taman dan vila bersejarah di Rom. Apabila disiasat, mangsa memang sudah lama menerima ugutan bunuh akibat kerja pembangunan semula yang dilakukan olehnya di bandar bersejarah itu. Kiranya bom kereta ni bukan ditujukan kepada peminat bola, tapi pada individu tertentu. Menakutkan!

 

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *