Isuzu D-Max X-Terrain Boleh Buat Wanita Jatuh Hati. Kacak Sangat Ni
Kacak! Itu perkataan pertama yang muncul semasa melihat generasi ketiga Isuzu D-Max, lebih-lebih lagi Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L dengan warna Sapphire Blue ni. Sesekali, apabila melihat pada bahagian grill hadapan, kelihatan sama seperti taring black panther a.k.a harimau kumbang tu. Aummm!
Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L dikuasakan dengan 2999 cc enjin diesel, 4 silinder inline dengan 16 valve DOHC (1 silinder = 4 valve DOHC) dengan transmisi 6 kelajuan automatik. Menariknya, jentera ini mampu menghasilkan 187 kuasa kuda (hp) dan 450 Nm tork selain boleh membawa muatan sehingga 970 kilogram (hampir 1 tan)! Bagaimana pula dengan tahap pembakaran bahan api? Memang sangat berbaloi, kerana dengan tangki minyak (diesel) 76 liter, jentera ini hanya menggunakan lebih kurang 8.3 liter minyak bagi setiap 100 kilometer.
Antara benda lain yang boleh dipuji tentang Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L ini adalah walaupun ianya sebuah trak pikap, tetapi bahagian ruang kabinnya memang sangat elegan dan mewah. Ia sudah didatangkan dengan kemasan kulit berwarna coklat bukan sahaja pada bahagian tempat duduk, malah di stereng dan juga tombol gear. Selain itu, antara benda yang lagi ‘mencairkan’ hati akak-akak yang naik 4×4 ini adalah ia turut mempunyai banyak ruang simpanan (compartment) yang besar dan praktikal untuk kegunaan harian. Kebiasaannya, memang kebanyakan pemandu wanita sukakan kereta yang mempunyai banyak compartment dan praktikal.
Bukan sahaja ruang simpanan dalam kabin yang lebih praktikal, malah Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L juga turut mempunyai bukaan pintu tailgate yang lebih mudah serta mempunyai ‘soft opening’. Selain itu, bagi kaum wanita yang sering kali menghadapi masalah untuk menyimpan barang besar pada bahagian belakang pikap trak, anda semua jangan risau! Sebab pikap truk ini mempunyai sliding cargo tray yang mana ia amat membantu semasa proses loading / unloading barang yang berat atau besar lebih-lebih lagi kepada kaum wanita.
Ramai orang kata, kaum wanita ni sangat menitik beratkan ciri keselamatan sebelum membeli sesebuah kenderaan. Dengan Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L ini, anda semua tidak perlu risau sebab ia telah mendapat 5 bintang ASEAN NCAP.
Wow! Ciri keselamatan yang lain ialah:
- 7 beg udara.
- Mempunyai ADAS (Advance Driver Assist System).
- Parking sensor pada bahagian depan dan belakang.
- Mempunyai ABS (Anti-lock Brake System) untuk memastikan pikap truk ini masih boleh dikemudi walaupun dalam keadaan kecemasan.
- Turut mempunyai EBD (Electronic Brake Force Distribution) yang mengawal brek pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan mengikut kesesuaian/berat muatan.
- BA (Brake Assist) yang membantu untuk mengawal brek semasa dalam kecemasan.
- TCS (Traction Control System) untuk membantu pemandu mengawal kenderaan dengan lebih hebat mengikut jenis jalan.
- HSA (Hill Start Assist) untuk mengelakkan kenderaan terundur di cerun.
- HDC (Hill Descent Control) untuk mengawal brek dan kawalan kelajuan semasa menuruni cerun curam.
Antara perkara lain yang menarik tentang Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L adalah jika model terdahulu mempunyai kedalaman meluncur (wading depth) 600 mm, model terbaharu pula lebih hebat kerana tahap kedalaman meluncur sehingga 800 mm! Memang antara jentera pilihan utama juga ni kalau nak redah air banjir.
Sudah la kacak, praktikal dan ciri keselamatan pun tip-top. Harga pula memang sangat berbaloi dan berpatutan, iaitu bermula daripada RM 142,000. Apa nak tunggu lagi? Cepat-cepat buat tempahan atau kalau nak lebih puas hati boleh lihat sendiri maklumat lanjut di laman sesawang mereka atau terus sahaja ke mana-mana pusat jualan Isuzu Malaysia yang berdekatan dengan anda!