Isu RFID. Nak Nampak Gah Tapi Hakikatnya Sistem Masih Kelaut!

Sumber imej: hmetro.com.my

Baru-baru ini Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan bahawa pembayaran tol akan beralih kepada sistem pembayaran RFID secara berperingkat, bermula dari 15 Januari 2022. Namun malangnya sistem yang kononnya memudahkan itu telah menyusahkan ramai pengguna. Lihat sahaja kes yang berlaku di tol Bandar Sri Putra Bangi dan tol Sungai Besi. Tunggu nak bayar tol pun sampai 30 minit dan jalan sesak sehingga 10 kilometer!

Sumber imej: thevocket.com

Jika diikutkan, pihak PLUS berharap agar pembayaran tol melalui RFID ini lebih memudahkan, melancarkan serta menyeronokkan kerana ianya selari dengan gaya hidup digital. Tapi bahagian mana yang seronok kalau kena hadap jem pun sampai 10 kilometer semata nak bayar tol? Ingat netizen Malaysia nak berdiam diri ke?

Umum sudah kenal dengan netizen Malaysia yang suka ‘serang sampai koyak’. Jadi, ramai antara pengguna yang menjadi mangsa kesesakan lalulintas telah menyerang, meluahkan perasaan marah dan geram di ruangan komen Facebook PLUS. Akibat ‘koyak’ diserang netizen, PLUS telah bertindak menutup ruangan komen tersebut. Patutnya admin PLUS kena la bagi penjelasan atau memohon maaf. Bukan dengan cara menutup ruangan komen. Kalau setakat nak nampak gah, tapi sistem masih kelaut, baik tak payah. Baiki dulu sistem sedia ada sebelum menambah yang lain. Ke macam mana?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.