Indah Utara Auto Sdn Bhd. ‘One Stop Centre’ Terbaik Untuk Warga Utara

I NDAH UTARA ialah satu nama yang tidak asing lagi bagi orang-orang sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri automotif di Malaysia, ternyata Indah Utara adalah yang terbaik bahkan syarikat ini kini boleh dikategorikan sebagai ‘One Stop Centre’ yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan.

Antaranya:
• Pengedar sah untuk trak pikap Isuzu, Daihatsu, Foton dan kenderaan komersial di Utara Semenanjung Malaysia.
• Menyediakan jualan alat ganti dan servis.
• Menyediakan perkhidmatan kerosakan 24 jam untuk semua kenderaan Isuzu.
• Menjual pelbagai jenis lori baru, lori terpakai serta kereta terpakai.
• Bengkel tuntutan insurans sah (tuntutan kemalangan), pembaikan dan servis serta bengkel pembaikan kemalangan yang diluluskan oleh PIAM.
• Bengkel panel sah untuk AmGeneral Insurans Berhad, Allianz General Insurance Company (M) Sdn Bhd, Berjaya Sompo Insurance Berhad, Etiqa General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Insurance Berhad, Great Easterm General Insurance (M) Berhad, Lonpac Insurance Berhad, MPI Generali Insurans Berhad, Progressive Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad dan Liberty Insurance Berhad.
• Memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Wow! Memang patut pun digelarkan sebagai ‘one stop centre’. Sebab semuanya ada di sini. Sememangnya pengalaman mereka selama lebih tiga dekad dalam industri automotif Malaysia membuatkan mereka pakar dan tahu apa yang diinginkan oleh pelanggan mereka. Nak beli kenderaan Isuzu baharu? Nak kenderaan jenama Daihatsu, Foton atau kereta terpakai? Atau sedang mencari lori untuk perniagaan anda? Semuanya ada di Indah Utara.

Tapi kat mana sebenarnya lokasi mereka? Jangan risau, Indah Utara ada di lima lokasi berbeza iaitu di Kawasan Perusahaan Mergong 2 Alor Setar, Sungai Petani, Jalan Datuk Kumbar, Bukit Mertajam serta Metaco Auto (M) Sdn Bhd di Daerah Kuala Muda Sungai Petani. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh juga layari laman sesawang rasmi mereka di https://indahutara.com.my/

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.