Ikut Cadangan Waktu Perjalanan Jika Nak Elak Kesesakan Semasa Pulang Beraya
Wahai semua rakyat Malaysia. Sudahkah anda bersedia untuk menempuh kesesakan jalan raya di Hari Raya nanti? Selepas 2 tahun kita ‘dikurung’ akibat Covid-19 dan tidak dapat pulang beraya seperti tahun-tahun sebelumnya, maka sudah tentu semua antara kita akan terus bersemangat untuk pulang beraya pada tahun ini. Tidak kisah jika terpaksa menempuh kesesakan sehingga 24 jam sekalipun, demi keluarga dan kampung halaman semuanya, kita akan tempuh dengan sabar!
Namun, sebenarnya ada acara lain untuk mengurangkan kesesakan jalan raya yang lama tu. Antaranya adalah dengan pulang beraya mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah disediakan. Menurut Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Menteri Kanan Kerja Raya, kesemua pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Pantai Timurt 1 (Karak – Jabor), Lebuhraya Pantai Timur 2 (Chenor – Kuala Terengganu) dan Lebuh raya Kuala Lumpur – Karak disarankan untuk menggunakan TTA seperti di bawah:

Sekiranya pengguna ingin mendapatkan lebih maklumat tepat dan yang telah dikemaskini, mereka juga boleh terus melayari laman sesawang Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi atau daripada media sosial yang sah. Paling selamat, jangan cepat sangat percaya pada desas-desus yang dikongsikan daripada mana-mana individu di media sosial. Sebaliknya buat rujukan terlebih dahulu dengan sumber yang sah.
Jom balik kampung dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin!