Iklan Automotif Tapi Ada Hantu?

Sumber imej: hk01.com

Bukan senang nak buat iklan kreatif yang boleh bagi mesej tertentu dalam masa yang singkat. Senang cerita, susah nak buat iklan yang boleh melekat di otak pengguna ni. Jadi, disebabkan unsur mistik dan seram ni selalunya mempunyai peminat yang ramai, maka pihak pemasaran bagi sektor automotif juga tidak terlepas untuk menggunakan ‘hantu’ bagi mengiklankan produk mereka.

1. IKLAN RAYA – PROTON

Sumber imej: ezgif.com

Masihkah anda ingat? Dulu Proton pernah mengeluarkan satu iklan dengan memaparkan Adibah Noor sebagai hantu? Namun ramai pihak yang mendakwa iklan itu telah diharamkan sebab ianya mempunyai unsur tahyul. Sebenarnya, iklan ni sangat menarik dan lawak. Sebab, mesej yang cuba disampaikan oleh pihak Proton ialah tentang bahaya jika tidak memakai tali pinggang keledar. Sampaikan hantu pun boleh tercampak semasa brek kecemasan dilakukan.

2. IKLAN TAYAR JEPUN – AUTOWAY TIRES


Pada tahun 2013, tular di media sosial tentang satu iklan tayar dari Jepun iaitu Autoway Tires yang memaparkan ‘warning’ kepada penonton sebelum iklan tersebut dimainkan. Bukan apa, mereka takut ada yang lemah semangat terkejut sampai terkena serangan jantung pula nanti. Dari iklan tersebut, penumpang kereta terkejut melihat jelmaan hantu di jalanraya sebelum mereka undur sambil menjerit. Mesej yang cuba disampaikan? Sekiranya anda gunakan tayar yang elok, walaupun masa memandu anda terkejut tengok hantu, tayar kereta tidak akan ‘lari’ atau terbabas.

3. IKLAN KERETA AUTONOMOUS – BMW

Dalam iklan ni, mereka tunjukkan ada sebuah kereta BMW menyusuri jalan yang yang sunyi sebelum ia berhenti apabila ada satu jelmaan wanita berdiri di tengah-tengah jalan. Apabila jelmaan wanita itu menghampiri kereta tersebut, hantu tu pulak yang lari sebab dia terkejut yang dalam kereta tu tiada pemandu! Rupanya, iklan ini ingin menunjukkan kemungkinan pemanduan kereta BMW secara ‘autonomous’ pada masa akan datang. Kreatif jugak pihak pemasaran BMW ni yea. Selalu iklan kereta duk pusing-pusing bandar je.

4. IKLAN HALLOWEEN – HYUNDAI

Sumber imej: thenewswheel.com

Pada Halloween tahun 2016, pihak Hyundai Europe telah mengeluarkan satu iklan seram tentang kenapa anda kena selalu perhatikan “rearview mirror” atau cermin pandangan belakang anda. Di dalam iklan tersebut, seorang lelaki sedang duduk di dalam kereta jenis Hyundai ix35 Fuel Cell SUV. Sedang dia tengah asyik dengan telefon bimbitnya, sekali dia terlihat satu kelibat melalui cermin pandangan belakang keretanya, sebelum tiba-tiba jelmaan tu sebenarnya sudah pun berada di dalam keretanya tanpa disedari. Jika anda nak tengok iklan ni di saluran Youtube, awas sebab dia punya “jumpscare” tu sampai boleh melompat tau.

Sumber imej: syfy.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *