Ibu Dikecam Akibat Bagi Hadiah Rolls-Royce RM1.3 Juta Sebagai Hadiah Harijadi Ke-12 Anaknya

Sumber imej: arigatostudio.com

Seorang ibu telah dikecam teruk dan dianggap sebagai kurang bijak selepas tular dia memberikan Rolls Royce Wraith bernilai £250,000 (RM 1.3 juta) sebagai hadiah harijadi anak lelakinya yang ke-12. Gulnora Mukhedinova, 34 tahun, telah berkongsi tentang pemberiannya itu di dalam sebuah video di akaun Rich Kids of Instagram.

Ibu dan juga pemilik syarikat pakaian pengantin mewah di Dubai ini sesekali tidak menyangka bahawa hadiannya itu akan mendapat kritikan yang sangat teruk oleh netizen. Mereka sehinggakan menggelarnya sebagai ibu yang suka menunjuk-nunjuk, kurang bijak dan sukakan perhatian. Malah, ramai juga yang mempertikaikan logik di sebalik hadiah tersebut. Ini kerana anaknya, Rannum hanya berumur 12 tahun manakala umur minimum untuk mendapatkan lesen memandu sah di Dubai ialah 18 tahun.

Sumber imej: thesun.co.uk

Dalam video berdurasi lebih seminit tu, kita dapat lihat yang anak lelaki wanita ini memang sangat-sangat teruja apabila dia dapat tahu yang dia dapat hadiah sebuah kereta mewah. Dalam kereta pun dipenuhi dengan bunga serta kad ucapan ‘Happy Birthday’.

Sumber imej: thesun.co.uk

Mungkin kita rasa pemberian mak dia tu macam melampau. Tapi kalau dah mampu, apa salahnya. Lagipun kalau dah tahap kaya macam ni, mungkin setiap seorang ahli keluarga mereka ada pemandu sendiri. Selain itu, mungkin juga bagi Gulnora yang hadiah dia tu tak seberapa kalau nak dibandingkan rasa kasih sayang kat anak dia. Mak dia pun memang banyak koleksi kereta mewah. Setakat nak bagi anak satu Rolls Royce Wraith, apa ada hal.

Sumber imej: thesun.co.uk

Perasan tak orang Dubai ni dia punya kaya tu memang lain macam? Sebab tu haiwan macam harimau atau singa pun jadi haiwan belaan mereka je. Katanya kat sana pun kereta Ferrari tu berlambak macam Perodua Myvi kat sini.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *