Ibu Bapa Boleh Mohon Rebat 50 % Kalau Nak Beli Car Seat Anak


Umum mengetahui tentang kerajaan telah mewajibkan penggunaan child restraint system (CRS) namun tak kurang juga ramai ibu bapa yang kurang berkemampuan mengeluh kerana mereka kekurangan ‘bajet’ untuk membeli car seat buat anak tersayang. Kini, berita baik buat semua ibu bapa yang tengah pening sebab kini anda boleh memohon rebat subsidi sehingga 50 % ATAU sehingga RM 150 untuk membeli car seat. Biar betul?

Menerusi satu taklimat daripada pihak MIROS, pada Bajet 2022 yang dibentangkan, kerajaan telah menawarkan subsidi CRS sehingga RM 30 juta khususnya bagi keluarga B40. Cara pengiraan sangat mudah: jika car seat yang dipilih berharga RM 300 dan ke bawah, mereka akan mendapat subsidi 50 %; jika car seat yang dipilih berharga RM 300 dan ke atas, maksima subsidi yang bakal diterima adalah RM 150. Banyak tu!

Sangat rugi jika anda lepaskan peluang ni, sebab ianya hanya terhad kepada 188,000 penerima sahaja. Tapi, siapa yang layak nak memohon sebenarnya? Dan bagaimana pula cara untuk memohon? Jangan risau, sebab untuk memudahkan ibu bapa faham dengan lebih cepat dan ringkas, anda boleh lihat pada gambar rajah di bawah:

Sekiranya anda mempunyai masalah permohonan atau semakan atau ingin tahu dengan lebih lanjut, boleh terus hubungi www.mycrs.gov.my. Jika anda nak lihat senarai wakil penjual CRS pula, boleh terus ke sini: http://www.mycrs.gov.my/include/SenaraiWakilPenjual.pdf

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.