Hutang Dengan Along, Kereta Bentley Yang Jadi Mangsa

Mungkin kerana terdesak serta tertekan dengan hutang sehingga separuh juta dengan along, membuatkan dua orang lelaki membakar kereta milik mereka sendiri semata-mata nak tuntut insurans yang berjumlah RM 250,000. Hasil siasatan mendapati terdapat keraguan dalam laporan yang dibuat oleh kedua-dua lelaki itu yang masing-masing bekerja sebagai kontraktor dan jurujual sebelum mereka ditahan.

Terdapat tiga buah kereta yang sengaja dibakar suspek di sekitar Taman Batu Berendam, Melaka, iaitu Bentlet Continental GT (A), Ford Fiesta serta Hyundai Accent. Sayangnya!

Menurut pihak polis, suspek sebelum ini pernah terlibat dalam beberapa rekod jenayah termasuk samun dan curi, khianat dengan api termasuk dadah. Mereka juga disyaki telah merancang untuk melakukan jenayah membakar kereta milik diri sendiri sejak tiga bulan lepas. Semuanya gara-gara hutang tertunggak mereka dengan ceti haram atau along yang dianggarkan berjumlah RM 500,000. Sudah jatuh ditimpa tangga! Kereta dibakar, insurans tak dapat malah bakal dipenjarakan jika didapati bersalah.

Hutang dengan along setengah juta, nak tuntut insurans pula cuma suku juta. Mana lagi mereka nak dapat duit untuk bayar baki hutang mereka tu? Nasib baik pihak polis kita bijak dan cekap. Kalau tak entah jenayah apa lagi mereka sanggup buat demi bayar hutang pada along. Inilah kata orang, biar papa asal bergaya. Orang sekarang naik kereta mewah pun belum tentu kaya dan berduit. Silap-silap hutang keliling pinggang.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.