Honda E Muncul Di Weststar Motors. Tapi Mana Side Mirror?

Source: paultan.org

Sebuah kereta yang unik, comel serta lain daripada yang lain telah melakukan kemunculan di Weststar Motors. Model Honda e ini merupakan sejenis kereta elektrik atau EV, yang mana harganya adalah bermula dari RM 210,000. Kereta comel ini didatangkan dengan lithium-ion battery selain mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 8.3 saat sahaja. Namun apa yang lebih menarik tentang rekabentuk kereta ni ialah ianya tidak mempunyai side mirror seperti kereta lain yang biasa kita lihat di jalanraya di Malaysia. Tak susah ke nak memandu kalau side mirror ‘hilang’?

Source: paultan.org

Rupa-rupanya, bukan side mirror tu hilang. Tapi sebaliknya ada di dalam kereta iaitu dengan menggunakan digital display. Katanya rekaan macam ni bagus untuk meningkatkan penglihatan dalam keadaan cuaca buruk atau pada waktu malam.

Bila masuk ke dalam, kita akan dapat lihat ada 5 jenis skrin berbeza termasuk skrin utk side mirror di kiri dan kanan kereta. Selain itu, kereta ini turut dilengkapi dengan lampu depan LED automatik, Collision Mitigation Brake System (AEB), Adaptive Cruise Control, Traffic Sign Recognition System (TSRS), Lane Keep Assist (LKA) dan Blind Spot Information System.

Menurut pihak Honda, kereta ini boleh dicas sehingga 100 peratus dalam masa 9 jam, jika menggunakan pengecas AC biasa yang menggunakan bekalan kuasa tunggal 3.7 kW atau bekalan kuasa tiga 22 kW. Ingat, ni kereta elektrik. Jangan pergi pump di stesen minyak pulak!

Jadi apa pendapat semua tentang kereta ni? Mungkin ada yang kata harga kereta ni nak sama mahal dengan Mini Cooper SE kan? Tapi jika anda berkemampuan, tidak salah kalau nak beli. Dengar cerita YAM Tunku Idris Iskandar (Tunku Temenggong Johor) pun dah pakai kereta ni.

Source: paultan.org

Jika anda berminat nak beli atau sekadar minat nak lihat kereta ni dengan lebih dekat, boleh terus ke Weststar Motors dekat Petaling Jaya. Okay? Alamatnya ada kat bawah:

Weststar Motors (Safz Auto Sdn Bhd),
Tingkat 1, Reflection Residences,
Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya Selangor.
Telefon: 03-7621 2685

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.