Akan datang di Malaysia! Generasi kelima City iaitu Honda City Hatchback bakal melakukan kemunculan di Malaysia tak lama lagi. Dari segi powertrain, model ini sebenarnya sama seperti Honda City sedan, cuma reka bentuk sahaja yang sedikit berubah. Jadi, tidak mustahil sekiranya Honda City Hatchback ini bakal menjadi pesaing terdekat kepada Toyota Yaris, selain ianya juga merupakan model yang akan menggantikan Honda Jazz generasi ketiga di Malaysia.
Sebenarnya, Honda City Hatchback telahpun membuat kemunculan pertama (world debut) di Thailand pada tahun 2020. Di Indonesia pula, Honda City Hatchback dilancarkan pada bulan Mac 2021. Cumanya, Honda City Hatchback di Thailand merupakan ecocar yang menggunakan enjin 1.0-liter dengan 3 silinder turbo engine berbanding di Indonesia yang datang bersama enjin 1.5-liter dengan 4 silinder.
Dengan panjang 4,345 mm maka sudah tentu model ni lebih pendek daripada model Honda City sedan (dah namanya pun hatchback kan?) namun lebar dan jarak roda masih tetap sama, iaitu sekitar 1,748 mm dan 2,589 mm. Lagi satu perbezaan yang dapat dilihat adalah model hatchback ini lebih tinggi, iaitu sekitar 1,488 mm berbanding model sedan (sekitar 1,467 mm). Jika nak dibandingkan dengan saiz model Honda Jazz, Honda City Hatchback dikatakan lebih besar sedikit.
Anda rasa model kereta ni menarik tak? Untuk lihat dengan lebih lanjut, kita intip Honda City Hatchback dari negara jiran dulu: