Harga Alat Ganti Kereta Naik Lagi 25 Peratus. Tapi Waspada Produk Tiruan Dalam Talian.
Harga alat ganti kereta naik lagi. Bukan sedikit, tetapi sehingga 25 peratus. Puncanya juga masih sama: konflik antara Ukraine dan Rusia serta perang perdagangan di antara negara China dan Amerika Syarikat. Konflik antarabangsa ini bukan sahaja menyebabkan gangguan bekalan di peringkat global, malah kekurangan alat ganti pasaran dunia juga membuatkan harga naik mendadak. Bak kata orang putih “demand is more than supply”, itu sebab barang naik harga.
Menurut Presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo, masalah kekurangan alat ganti khususnya kenderaan yang dibina di Eropah membuatkan harga meningkat sehingga 25 peratus. Ini juga disebabkan oleh negara Eropah yang berdepan dengan krisis kekurangan tenaga selepas negara Rusia mula menghentikan saluran bekalan ke Eropah, sekali gus menyebabkan kilang-kilang tidak dapat beroperasi seperti sediakala.
Selain itu, Presiden Persatuan Usahawan Automotif Prosper Malaysia, Mohd Karim A. Rahman, pula berkata, kenaikan harga barang berkemungkinan boleh mencecah sehingga 60 peratus, bergantung kepada jenis komponen. Jelas beliau lagi, jika harga alat ganti meningkat sehingga 25 peratus, komponen lain seperti minyak pelincir, minyak enjin dan juga tayar pula berkemungkinan mengalami kenaikan harga di antara 10 sehingga 15 peratus.
Oleh itu, beliau turut memberi saranan agar kita ambil peduli tentang harga semasa komponen yang diperlukan atau berbincang dengan mekanik terlebih dahulu sebelum melakukan tempahan alat ganti untuk kenderaan anda. Jelas beliau lagi, tempoh menunggu untuk tempahan alat ganti juga bakal meningkat selain menasihati pengguna supaya berhati-hati sebelum melakukan pembelian melalui talian (online) kerana terdapat banyak kes yang mana kualiti sesuatu produk itu amat diragui.
P/S: Kalau nak beli produk X-1R yang sah, jangan rasa was-was jika melakukan tempahan melalui https://www.x1rasia.com/product-range/ sebab memang barang berkualiti dan dijamin tulen. Siap ada banyak promo lagi tau (selagi promo masih ada)!