Hampir Semua Penduduk Kampung Ni Pakai Kereta Mewah

Sumber imej: thesun.co.uk

Setiap petang hujung minggu, ramai antara penduduk kampung ini akan keluar menaiki kereta mewah untuk mempamerkan kekayaan masing-masing. Malah, aktiviti penduduk di sana juga telah menyebabkan ramai peminat kereta mewah akan datang ke sana semata-mata untuk melihat dan mengambil gambar deretan kereta mewah idaman mereka.

Di Dubai ke? Bukan.

Nama kampung ini ialah Alderly Edge di Cheshire, England yang turut mendapat jolokan nama Knightsbridge of the North. Kalau anda nak tahu, tempat ini turut dikenali sebagai Golden Triangle, iaitu kawasan yang dipenuhi rumah mewah, pemain bola sepak terkenal, ahli perniagaan serta selebriti. Oh, kampung macam tu ke? Ingatkan macam Kampung Pisang.

Sumber imej: thesun.co.uk

Disebabkan lambakan kereta mewah di sana, sampaikan orang tidak lagi tertarik dengan kereta Bentley atau Rolls-Royce. Kenapa? Sebab kereta jenis tu sudah terlalu kerap dilihat. Maka, minat orang ramai akan lebih tertumpu kepada kereta yang jarang dilihat seperti Lamborghini Aventado (RM 1.16 juta), Jaguar Model E Type (RM 5.8 juta) serta Ferrari Pista Spider (RM 1.4 juta).

Sumber imej: forbes.com
Sumber imej: youtube.com
Sumber imej: exoticspotter.com

Disebabkan tarikan deretan kereta mewah ini, kini kawasan tersebut turut dikunjungi oleh golongan yang sukakan kereta mewah atau supercar, selain dapat dilihat ramai jurugambar yang berada di tepi jalan semata-mata untuk mengambil gambar kereta-kereta itu yang seakan membuat perarakan.

Sumber imej: thesun.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *