HABISKAN LEBIH RM 3 JUTA UNTUK BELI 31 KERETA UNTUK PEKERJA.
BAIKNYA BOS!
Seorang majikan telah berjaya mendapat jolokan “Bos Terbaik Di Malaysia” selepas beliau telah menghabiskan lebih RM 3 juta untuk membeli kereta baharu untuk pekerjanya. Lelaki tersebut yang merupakan pemilik Warakuya Japanese Restaurant dan juga cawangan Superstar Family KTV dikatakan telah membeli empat buah kereta jenis BMW 6 Series bernilai RM 1.8 juta kepada empat pekerja ‘veteran’ yang sudah lama berkhidmat bersamanya untuk membangunkan syarikat.
Sumber imej: bmw.com.my
Selain daripada pekerja ‘veteran’, beliau juga turut membeli kereta baharu kepada 31 pekerjanya yang mana setiap seorang akan menerima kereta tersebut secara berperingkat pada tahun ini. Antara kereta lain yang turut dihadiahkan untuk pekerjanya termasuk Audi, Toyota, Honda dan juga Proton. Bahkan, pekerja asing termasuk daripada Nepal dan Myanmar pun dapat kereta walaupun tiada lesen tau! Bos siap nak belanja lagi kos untuk mengambil lesen secara sah. Memang betul-betul bagus bos mereka ni.
Sebenarnya, ini bukan kali pertama majikan mereka menghadiahkan kereta untuk pekerjanya. Bahkan, ada antara pekerjanya yang pernah mendapat hadiah BMW sebelum ini. Kiranya sepanjang bekerja dah dapat dua BMW! Lepas ni mesti ramai yang nak cuba nasib kerja di sana kan? Mana la tau dapat kereta!
Sumber imej: facebook.com
Ayah bagi kereta dekat anak mungkin perkara biasa.