GOODYEAR SHAH ALAM BAKAL DITUTUP SELEPAS 52 TAHUN. 550 PEKERJA TERJEJAS.

goodyear shah alam
goodyear shah alam

Selepas beroperasi selama 52 tahun di Malaysia, kilang Goodyear bakal ditutup. 

Pengumuman mengejutkan itu telah diumumkan sendiri oleh Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang melalui media sosial yang mana menurut beliau tindakan penutupan kilang itu adalah untuk mengurangkan kos tahunan sebanyak RM 4.73 bilion. 

Tiada huraian foto disediakan.
Sumber imej: Facebook.com

Untuk pengetahuan, penjualan produk Goodyear di negara kita telah bermula sejak tahun 1929 (Goodyear Sales Company) selepas ditubuhkan di Singapura sebelum akhirnya kilang di Malaysia akhirnya dibuka pada tahun 1972. Sejak itu, telah banyak pencapaian yang dilakukan oleh pihak Goodyear selain turut menjadi jenama tayar yang dipasang pada kereta keluaran tempatan pertama Malaysia, Proton Saga pada tahun 1985.

Maka, tidak hairanlah jika agak sukar untuk pihak Goodyear melakukan tindakan penutupan kilang di Shah Alam memandangkan banyak kenangan manis dan sejarah yang tercipta sepanjang kilang beroperasi. Selain itu, penutupan kilang itu juga akan memberikan kesan yang sangat besar kepada lebih 500 kakitangan mereka selain kebimbangan turut disuarakan kepada nasib 180 Goodyear AutoCare di seluruh negara.

Franchise Enquiry
Sumber imej: goodyearautocare.com.au

Jadi, apa pandangan anda?

Adakah penutupan kilang ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan kelemahan Kerajaan Malaysia? Adakah ia juga bukti kemerosotan keyakinan oleh syarikat antarabangsa terhadap kestabilan ekonomi semasa negara? 

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau menegaskan bahawa penutupan kilang gergasi itu tiada kaitan dengan kelemahan Kerajaan seperti yang diperkatakan. Menurutnya lagi, sebenarnya syarikat Goodyear kini sedang dalam proses menstruktur semula perniagaan mereka sejak turut menutup kilang di Ohio, Merika Syarikat pada tahun 2023.

Kesimpulannya, penutupan kilang Goodyear Shah Alam bukanlah satu keputusan yang mudah namun ia perlu dilakukan bagi menjaga kepentingan perniagaan dan pelanggan dalam jangka masa yang panjang. 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.