Geng Honda Civic Buat Hal Susun Kereta Dalam Terowong

Beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang sekumpulan pemilik Honda Civic model 1992 – 1996 yang buat hal dengan berkumpul, susun kereta dan merakam gambar kenangan di sebuah terowong. Perbuatan mereka itu bukan hanya mengundang bahaya kepada pemilik kenderaan tersebut, malah turut mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalanraya yang lain. Bayangkan kalau anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba ada beberapa kereta yang parking di tengah-tengah jalan dalam terowong!


Maka tidak hairanlah jika ramai yang mengecam tindakan ‘berani’ dan pentingkan diri sendiri oleh kumpulan berkenaan hanya semata-mata untuk mendapatkan beberapa keping gambar kenangan. Berlaku di Malaysia ke? Tidak, sebab kejadian ini sebenarnya berlaku di negara jiran iaitu di terowong Sime Road menghala ke Kheam Hock Road di Singapura.

Walaupun kejadian itu dipercayai dilakukan pada waktu tengah malam sewaktu tidak banyak pengguna jalanraya lain yang menggunakan kenderaan di jalan tersebut, namun ia tetap dianggap sebagai kurang sesuai dan mampu menyebabkan risiko kemalangan. Lebih parah lagi, dalam rakaman gambar yang tular, kita dapat lihat ada antara ahli geng kereta Honda Civic ni yang turut membawa ahli keluarga mereka termasuk anak kecil ke lokasi tersebut.

Diharap perangai macam ni tidak berjangkit ke Malaysia. Mana la tahu ada yang pernah rancang untuk bergambar di SMART Tunnel pula?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.