Geely Pecah Rekod Dunia Dengan Mozek Kepala Lembu

Sumber imej: hotcars.com

Bagaimana cara syarikat Geely menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2021? Kreatif dan unik, mereka mencipta rekod dunia dengan membina mozek berbentuk kepala Ox atau kepala lembu sempena Tahun Baru Cina 2021 dengan menyusun 1,339 kereta Geely Emgrand.

Kini telah memecahkan rekod Guinness World Records, secara keseluruhannya sebanyak 750 buah kereta Geely Emgrand digunakan untuk membina kepala Ox, dan baki 589 buah kereta pula digunakan untuk membina mozek dengan tulisan “2021 Chinese Ox”. Kebanyakan kereta yang digunakan adalah berwarna putih, manakala untuk membentuk kepala Ox, simbol serta tulisan pula, kereta dengan warna yang gelap telah digunakan.

Sumber imej: dailynews24hour.com

Mengikut pihak Geely, jumlah kereta yang dimiliki mereka untuk menyiapkan mozek itu tidak mencukupi, namun mereka sangat berbesar hati apabila terdapat 100 pemilik kereta Geely dari seluruh negara yang turut serta menyumbangkan kereta mereka untuk dijadikan mozek.

Apa yang menariknya, kesemua kereta itu disusun dengan sangat rapi, di mana jarak antara sesebuah kereta itu haruslah tidak melebihi 20 cm antara satu sama lain. Apabila siap, saiz keseluruhan mozek yang terhasil itu ialah 7,070.26 meter persegi.

Sumber imej: dailynews24hour.com

Gigih sungguh mereka susun kereta kan? Tapi demi rekod dunia dan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan cara tersendiri, apa salahnya. Proton taknak ikut serta ke?

Sumber imej: jalopnik.com

.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *