Geely Emgrand Jadi Pesaing Toyota Vios dan Honda City. Bakal Ganti Proton Preve/Pesona Di Malaysia?

Sumber imej: hodangnhan.com

Akhirnya, Geely Emgrand secara sah sudah berada di pasaran Filipina yang menawarkan dua varian: Premium dan Comfort. Bagi varian Comfort, harga yang ditawarkan ialah P798,000 (RM 65,281) manakala varian Premium pula harganya bermula daripada P908,000 (RM 74,279). Terdapat lima warna pilihan yang dipasarkan oleh pengedar rasmi Geely Filipina, Sojitz G Auto Philippines Corporation (SGAP), iaitu proud teal (biru), dark blue (biru gelap), gold (emas), grey (kelabu) dan red (merah).

Sumber imej: dailyrevs.com

Jika melihat kepada bentuk rekaan, Geely Emgrand sebenarnya termasuk dalam kategori segmen B sedan. Model ini dijana dengan enjin 1.5-liter transmisi CVT dengan lapan kelajuan mod manual Tiptronic. Selain itu, setanding dengan enjin yang digunakan, kereta ini mampu menjana 102 kuasa kuda dengan 142 Nm tork. Boleh tahan juga kan?

Sumber imej: topgear.com.ph

Jika melihat kepada rekabentuk, enjin, harga dan kapasiti, model ini bakal menjadi pesaing utama bagi dua model yang sudah lama bertapak dalam industri iaitu Honda City dan Toyota Vios. Yang mana bakal menjadi pilihan rakyat Filipina? Masih terlalu awal untuk dinyatakan kerana model Geely Emgrand ini pun baru sahaja berapa di pasaran negara tersebut.

Antara persoalan lain yang sering ditanya tentang model Geely Emgrand ini adalah jika ia sudah masuk pasaran Filipina, bagaimana pula dengan pasaran di Malaysia? Ada ura-ura mengatakan bahawa model Geely Emgrand ini berkemungkinan bakal menggantikan dua model kereta Proton sebelum ini; Proton Preve atau Proton Persona. Adakah namanya bakal jadi Proton X90? Sudah tentu tidak sebab katanya Proton X90 adalah model kereta yang asasnya adalah Geely Haoyue.

Sumber imej: nextrift.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.