Gara-Gara COVID-19: Kerajaan Digesa Tangguh Kenaikan Harga Kereta Import (CBU)

Kejatuhan ekonomi dengan teruk menyebabkan hampir kesemua sektor perniagaan terjejas, termasuk industri automotif negara. Oleh itu, Malaysian Automotive Association (MAA) telah menggesa kerajaan Malaysia agar menangguhkan kenaikan harga kereta import (CBU) yang dijadualkan pada Jun 2020 kepada 31 Disember 2020.

Mengikut Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, kenaikan harga kereta dalam masa terdekat hanya akan memburukkan lagi hasil jualan kereta yang sedang merudum, gara-gara COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kita dapat melihat betapa teruknya hasil jualan kenderaan pada tahun ni, dimana hasil jualan telah merudum sebanyak 26 % pada suku tahun pertama 2020 berbanding tahun lepas. Kalau fikir logik, macam mana la syarikat kenderaan nak bertahan sekiranya pusat jualan dan servis tidak boleh beroperasi seperti biasa kecuali mereka telah mendapat kelulusan dari pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) seperti Honda, Mitsubishi, Hyundai, Toyota dan juga Subaru.

Kesian kepada industri automotif, gara-gara COVID-19 juga menyebabkan kemungkinan 50,000 pekerja bakal kehilangan pekerjaan sekiranya isu wabak ini tidak berakhir dalam masa 2 bulan. Bayangkan kalau lebih ramai orang yang jadi penganggur, maka siapa nak beli kereta? Nak makan pun kena bercatu, maka impian nak beli kereta itu agak mustahil bagi sesetengah orang.

Sebab itu lah MAA menggesa kerajaan untuk menangguhkan dulu kenaikan harga kereta. Sebab kereta yang sedia ada sekarang pun tak terjual. Kalau naik harga lagi jawabnya gulung tikar la.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.