Gadis 14 Tahun Menang RM100 Ribu; Cipta Innovasi Teknologi Automotif Dengan Menghapuskan Titik Buta

Source: gizmodo.com

Apakah itu “blind spot” atau titik buta? Ia merupakan kawasan tertentu yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pemandu. Nampak remeh, tapi titik buta juga antara faktor terbesar kes kemalangan jalan raya. Tahukah anda, ada berapa jenis pillar blind spots atau tiang titik buta dalam kenderaan anda? Secara ringkas boleh lihat pada gambarajah di bawah:

Source: drivingtesttips.biz

Disebabkan masalah ni, seorang gadis berusia 14 tahun telah mencipta satu inovasi yang ringkas, tapi sangat hebat untuk mengatasi masalah titik buta yang sering dialami pemandu kenderaan, lebih-lebih lagi yang kurang mahir. Biasa tengok kereta yang macam teragak-agak nak masuk lane? Atau yang parking pun senget? Juga masalah pemandu kereta tak nampak pejalan kaki? Ha, tu kebanyakannya disebabkan oleh masalah blind spot tadi la. Mengikut gadis yang berasal dari Pennyslvania, Alaina Gassler, 14 tahun, dia mendapat idea bernas tersebut kerana selalu melihat kesusahan yang dialami oleh ibu sendiri semasa memandu.

Source: dailymail.co.uk

Apa sumbangan si gadis genius ni? Beliau telah meletakkan kamera di belakang tiang kereta (A-pillar blind spot) iaitu titik buta di bahagian depan. Kemudian, kamera itu akan menghantar video kepada projektor yang akan memaparkan imej pada tiang tersebut. Untuk lebih faham inovasi yang dihasilkan si gadis ni, anda boleh tonton video di sini:

Hebat kan? Inovasi ciptaan gadis ni juga telah berjaya melayakkan beliau untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai US$25,000 (RM102, 500) di dalam pertandingan reka cipta & inovasi oleh Samueli Foundation Prize for overall STEM (Science, Technology, Engineering and Math). Syabas!

Source: demilked.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *