FERRARI 458 SPIDER HASIL SIMPANAN 10 TAHUN HANGUS DALAM MASA SEJAM!

Sumber imej: roadandtrack.com

Seorang pemuda berusia 33 tahun hanya mampu menggigit jari apabila kereta idamannya, sebuah Ferrari 458 Spider hangus terbakar hanya sejam selepas dia memandu kenderaan itu buat pertama kali.

Menurut keluhan di X oleh pemuda tersebut, dia telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk membeli kereta mewah tersebut, namun segalanya hancur dan menjadi mimpi ngeri apabila kereta tersebut hangus terbakar di Lebuhraya Shuto, Tokyo, Jepun.

Sumber imej: roadandtrack.com

Untuk pengetahuan, pemilik kereta yang malang itu adalah seorang penerbit muzik di Jepun yang bernama Honkon yang dengan jelas memaklumkan bahawa kereta baharunya itu telah terbakar selain yakin dia adalah satu-satunya manusia malang yang mengalami masalah tersebut di Jepun.

Dalam insiden kebakaran itu, dilaporkan bahawa tiada mangsa yang cedera selain pihak terlibat mengambil masa selama 20 minit untuk memadamkan kebakaran. Secara keseluruhannya, kereta Ferrari 458 Spider itu telah 80 peratus rentung dan hanya bahagian tepi bampar hadapan yang ‘terselamat’.

Menurut laporan, Honkon sedang memandu di Lebuhraya Shuto sebelum tiba-tiba dia melihat asap putih. Pada mulanya dia menyangkakan asap putih tersebut datang daripada kereta di sebelahnya, namun akhirnya menyedari asap kebakaran sebenarnya keluar daripada Ferrari 458 Spider yang dipandu. Selepas itu, dia telah segera memberhentikan kenderaannya di bahu jalan dan lari menyelamatkan diri selain hanya mampu terduduk melihat  kereta bernilai 43 juta yen (RM 1.45 juta) miliknya rentung.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.