Fast X: Lebih Mengarut Daripada Sinetron


Siri Fast and Furious bermula dengan filem B lumba jalanan yang hebat. Namun malangnya, selepas siri itu mula berkembang, akhirnya jalan cerita yang sepatutnya hanya berkisah tentang lumba kereta atau kereta-kereta unik mula berubah menjadi filem tentang watak utama Dom Toretto dengan ‘superpower’ dan keluarganya yang seakan menjadi pasukan penyelamat dunia. Lihat sahaja beberapa babak dalam Fast X. Sama macam Captain America: Winter Soldier? Yup, pintu kereta mudah tercabut dan boleh jadi perisai kepada peluru. Hey ho!

Bagi kami, siri Fast and Furious seharusnya berakhir sehingga filem ketiga – The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Sebab hanya sampai filem ketiga sahaja jalan ceritanya benar-benar berkaitan dengan kereta. Selebihnya hanya drama karut mengalahkan drama sinetron bercampur dengan aksi gaya Mission Impossible. Sehinggakan kami pun garu kepala selepas menonton siri filem ini yang terlalu banyak melanggar hukum fizik. Takkan kita boleh lupa pada filem F9: The Fast Saga yang mana mereka mampu mengikat roket pada kereta dan meluncur di angkasa? Saintis dan angkasawan NASA dah boleh letak jawatan dah lepas ni.

Sumber imej: reddit.com

Fast X pun tidak ketinggalan apabila Dom Toretto memandu 2023 Dodge Charger SRT Hellcat Widebody untuk menghentikan bom yang sedang bergerak di Vatican. Bom itu dengan senangnya menghancurkan kereta polis dan juga sebuah bas, tapi tidak sesekali akan menghancurkan kereta yang dipandu oleh Dom Toretto. Paling tak pun cermin pecah sikit je. Mengarut kan?

Itu belum lagi termasuk babak musuh lama menjadi kawan, yang mati hidup semula, kereta melompat keluar daripada kapal terbang, kereta tarik dua helikopter, selain watak Jakob Toretto (John Cena) menyeludup sebuah pesawat kecil di ruang kargo pesawat komersial dan melompat keluar bersama anak Dom dari ketinggian 36,000 kaki?

Pening bukan? Kalau nak tambah pening lagi kita tunggu sambungan di filem akan datang tau.

Sumber imej: americabestpics.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.