Fasa Kedua Covid-19: Hadkan Perjalanan Kurang Dari 10KM Atau Penjara 6 Bulan

Sumber imej: thestar.com.my

Sekiranya anda keluar rumah dan ditahan pihak berkuasa, jangan terkejut kalau anda terpaksa patah balik. Kad pengenalan dah tunjuk, alasan dah diberi tapi masih kena U-turn jugak? Maksudnya anda tak tengok berita la tu. Tahukah anda, bermulanya fasa kedua Covid-19, kerajaan telah menghadkan jarak perjalanan anda kepada kurang dari 10 km sahaja dari rumah. What?

Kecuali anda cukup kaya untuk ‘belanja’ RM 1,000 untuk bayar denda. Atau mana la tau anda terlampau bosan di rumah sampai nak merasa pengalaman duduk penjara sehingga 6 bulan. Maka anda mungkin boleh cuba langgar perintah tu.

Jadi, bermula sekarang, anda kena pastikan kalau anda nak pergi klinik ke, beli makanan, beli ubat di farmasi atau apa sahaja alasan, perjalanan anda hanya untuk radius 10 kilometer dari rumah. Sekiranya anda terpaksa jugak buat perjalanan lebih dari 10 kilometer, anda WAJIB ada surat kebenaran bertulis dari pihak polis. Senang je, pergi ke balai polis berhampiran kediaman, dan buat surat dengan pegawai polis tu.

Selain tu, anda juga WAJIB keluar bersendirian. Jangan nak bawa anak bini, boyfriend atau girlfriend tanpa alasan kukuh! Jangan la marah pada pihak berkuasa atau kerajaan yang mewartakan undang-undang ni. Mereka hanya menjalankan tugas untuk kesejahteraan kita juga.

Nak tahu kenapa terpaksa tegas untuk bendung penularan wabak ni? Sebabnya, jumlah keseluruhan kes Covid-19 bagi seluruh dunia sudah melebilhi 1 juta dengan angka kematian sudah pun melebihi 50,000 orang. Bagi rekod Malaysia pula, kes di negara kita mempunyai jumah jangkitan Covid-19 tertinggi di Asia Negara dengan lebih daripada 2,900 kes yang disahkan. Terbaru, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kes Covid-19 di negara kita bakal memuncak di pertengahan April 2020.

Kesimpulannya, wahai rakyat Malaysia sekalian. Anda tak faham-faham lagi ke? Cukup la PM kita menyeru rakyat semua agar duduk rumah. Korang tak nak beraya macam dulu ke? Kang tak pasal beraya pun di rumah. OOTD pun sekadar di Facebook. Bab arahan PKP susah nak faham. Tapi kalau bab kerajaan nak agih duit cepat pulak korang paham kan? Siap bergaduh ngan artis sendu lagi. Hm..

Sumber imej: bharian.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *