Era Baru Dalam Perjalanan Angkasa Bakal Dilancarkan – X-1R Juga Ada Bersama
Dua angkasawan NASA iaitu Doug Hurley dan Bob Behnken bakal melakar sejarah baru di ruang angkasa. Mereka dijangka berlepas ke ruang angkasa dari Pusat Angkasa Kennedy, Florida. Apa yang menariknya, kali ini mereka akan menaiki kapal angkasa Dragon yang dibangunkan oleh SpaceX dimana kapal tersebut akan dilancarkan ke ruang angkasa dengan menggunakan roket Falcon 9.
Apa yang bersejarah sangat ni?

Kalau anda nak tahu, sebelum ni SpaceX, yang juga syarikat roket yang diasaskan oleh Elon Musk, pengasas Tesla, hanya meletakkan setelit ke orbit rendah. Namun dengan teknologi terbaru, mereka buat pertama kali akan menghantar manusia pula. Secara langsung, ia menjadikan Doug Hurley dan Bob Behnken sebagai angkasawan NASA-SpaceX yang pertama. Hebat bukan?

Untuk pengetahuan anda juga, perjalanan ke angkasa akan mengambil masa lebih kurang sembilan minit. Setelah mereka tiba di angkasa, mereka akan melakukan beberapa manuver sebelum berlabuh dengan stesen angkasa antarabangsa dan bakal menghabiskan masa selama lebih empat bulan di sana. Lama jugak yea.
Sebenarnya, keseluruhan ekspedisi ini akan sangat berbeza berbanding sebelumnya. Sebab, angkasawan tersebut akan memakai pakaian baru dan kelihatan lebih futuristik. Sekali tengok macam pelakon cerita Star Trek pun ada. Mana tak futuristik kalau antara nama besar yang memainkan peranan dalam misi kali ini juga ialah Elon Musk. Dialah pengasas SpaceX, dia juga pengasas Tesla. Cuma bukan dia je yang jadi angkasawan.
Misi hebat hanya akan menggunakan barangan hebat. Betul tak? Maka sebab itu juga kami tidak hairan apabila penaja kami, iaitu X-1R, turut memainkan peranan kecil dalam menjayakan misi bersejarah ini dengan membekalkan pelincir untuk pengangkut crawler NASA yang juga mengangkut roket ke landasan pelancaran.Tengok tu, NASA pun guna X-1R. Anda bila lagi?