ERA BAHARU HYUNDAI DI MALAYSIA BERMULA! HYUNDAI PERKENAL SANTA FE, STARIA & TUCSON

Tanggal 2 Julai 2025, Hyundai Motor Malaysia telah memperkenalkan tiga model utama untuk pasaran Malaysia:
- Staria – MPV yang futuristik dan luas.
Hyundai Staria secara rasminya telah menggantikan Grand Starex sebagai MPV utama Hyundai. Namun, dengan reka bentuk yang lebih futuristik, Hyundai Staria boleh dikatakan ibarat kapal angkasa untuk keluarga moden. Dibina di atas platform baharu yang lebih luas, selesa dan canggih, Staria ditawarkan dengan 7 dan 10 tempat duduk. Berikut merupakan senarai harga rasmi untuk setiap varian Hyundai Staria semasa pelancarannya di MITEC pada 2 Julai 2025:
VARIAN | TEMPAT DUDUK | HARGA (RM) |
Staria 2.2 CRDi Style | 10 – tempat duduk | RM 179,888 |
Staria 2.2 CRDi Prime | 10 – tempat duduk | RM 196,888 |
Staria 2.2 CRDi Prestige | 10 – tempat duduk | RM 209,888 |
Staria 2.2 CRDi Prestige | 7 – tempat duduk | RM 267, 888 |
Bagi yang tertanya – tanya kenapa varian Staria 2.2 CRDi Prestige 7-seater lebih mahal daripada varian sama dengan 10 tempat duduk, jawapannya adalah kerana Staria 7-seater Prestige direka sebagai MPV mewah atau ekslusif, ibarat “lounge atas roda” manakala 10-seater pula adalah lebih ke arah pengangkutan keluarga besar.
* Semua varian dilengkapi enjin diesel 2.2 CRDi, transmisi automatik 8-kelajuan dan waranti 8 tahun/160,000 km
- Tucson facelift baharu – SUV gaya berani dengan pilihan hybrid pertama kali di Malaysia.
Hyundai Tucson pula hadir dengan wajah baharu yang lebih berani dan hybrid. Ia ditawarkan dengan rekaan gril parametik dan lampu LED unik, mempunyai skrin digital dual 12.3” bersama sistem pengecaman cap jari, didatangkan dengan tiga pilihan enjin iaitu petrol, turbo atau hybrid selain turut mempunyai SmartSense penuh untuk pemanduan yang lebih selamat. Berikut merupakan senarai harga rasmi untuk setiap varian Hyundai Tucson semasa pelancarannya:
VARIAN | ENJIN & PACUAN | HARGA (RM) |
Tucson Style 2.0 MPO | 2.0L aspirasi biasa, FWD | RM 143,888 |
Tucson Prime 1.6 T-GDi | 1.6L turbo, FWD | RM 164,888 |
Tucson 1.6 T-GDi AWD | 1.6L turbo, AWD | RM 186,888 |
Tucson 1.6 T-GDi Hybrid | 1.6L turbo + elektrik, FWD | RM 197,888 |
* Semua varian mendapat waranti 8 tahun / 160,000 km dan untuk 100 pelanggan pertama menerima 8 kali servis percuma.
- Santa Fe serba baharu – SUV premium untuk keluarga & gaya hidup aktif.
Kemunculan Hyundai Santa Fe ibarat ‘superstar’ di kalangan tiga model yang diperkenalkan. Reka bentuk Hyundai Santa Fe serba baharu ini dilihat lebih berani dan unik, mungkin kerana bentuk kotak modennya seakan-akan sebuah Land Rover. Selain itu, Santa Fe juga turut mempunyai lampu LED berbentuk “H” yang sangat elegan pada bahagian hadapan dan belakang yang menyerlahkan lagi rekaan keseluruhan. Menariknya, ia turut didatangkan dengan paparan panorama digital melengkung 12.3”, tempat duduk baris kedua seperti flight kelas pertama, UV-C sanitizer tray dan pengecas wireless dua hala selain pintu belakang yang lebih lebar ibarat teras outdoor mini!
Berikut adalah senarai harga rasmi Hyundai Santa Fe (generasi ke-5):
VARIAN | ENJIN & PACUAN | HARGA |
HEV Prime (Hybrid 7-Seater) | 1.6 T-GDi hibrid, FWD | RM 225,000 |
HEV Prestige (Hybrid 7-Seater) | 1.6 T-GDi hibrid, FWD | RM 245,000 |
2.5 T-GDi Calligraphy (6-Seater) | 2.5 T-GDi turbo petrol, AWD | RM 270,000 |
* Semua varian datang dengan waranti 8 tahun / 160,000 km dan 8 penyelenggaraan percuma untuk 100 pelanggan pertama
Jadi, bagi mana-mana peminat Hyundai yang ingin mendapatkan tawaran terkini dan terbaharu, boleh layari laman web rasmi mereka di https://www.hyundai.com.my