Ejen Insurans Ajak 8 Pemilik Bakar Kereta Untuk Dapat Komisen Insurans

Sumber imej: motomalaya.net

Mengikut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpurm iaitu Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, terdapat beberapa kes kebakaran membabitkan kenderaan yang dibakar dengan sengaja menggunakan kerosin pada tahun ni. Kesemua kejadian didapati berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam sehingga jam 4.30 pagi yang mana kejadian pertama berlaku pada 9 Jun 2020 membabitkan tiga kereta, kejadian kedua pada 4 Julai 2020 membabitkan tiga kereta, manakala kejadian ketiga berlaku pada 16 November 2020 membabitkan dua buah kereta.

Antara jenis kereta yang terbakar tu pula adalah jenis Bentley, Mercedes Benz, Perodua, Toyota dan Nissan yang mana jumlah kerugian adalah ratusan ribu Ringgit.

Sumber imej: bharian.com.my

Bila dilihat pada persamaan tentang kejadian ni, mestilah pihak polis akan rasa musykil. Mana mungkin kesemua kereta yang terlibat terbakar macam tu je. Nampak seperti sudah dirancang dan cara kebakaran pula semua sama. Kereta yang elok-elok parking dan tiba-tiba terbakar, sudah tentu akan menimbulkan rasa pelik dari pihak berkuasa.

Sumber imej: mykmu.net

Selepas disiasat, rupanya dalang di sebalik semua kejadian kereta terbakar itu ialah seorang lelaki berusia 35 tahun, yang juga seorang ejen insurans. Modus operandi dia ialah dia akan mengenal pasti pemilik kereta tertentu sebelum berpakat dengan pemilik tu untuk mendapat komisen dari tuntutan insuran. Kira ejen insuran dan pemilik kereta memang dah sepakat nak bakar kereta guna kerosin dan lepas tu mereka akan cuba claim dari pihak insuran.

Sumber imej: ibanding.com

Selepas itu, lelaki tersebut berjaya ditangkap di sebuah hotel di Genting Hinglands. Hasil siasatan juga mendapati lelaki tu memang mempunyai rekod jenayah berkaitan penipuan dan judi. Kini dia akan ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (pembakaran sengaja atau dalam bidang perundangan dikenali sebagai arson). Jika disabitkan bersalah, pesalah boleh didakwa sehingga membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 20 tahun.

Apa la nasib pemilik-pemilk kereta yang bersubahat tu kan? Dah la kereta terbakar, duit insuran pun tak boleh tuntut sebab terlibat kes jenayah. Silap-silap kena masuk penjara sekali.

Sumber imej: bostonherald.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *