Dulu Budak Naik Basikal Lajak Kena Marah. Kini Aktiviti Berbasikal Di Lebuhraya Pula Akan Didenda

Sumber imej: mstar.com.my

Kalau tahun lepas, negara kita dilanda sejenis hobi baru di kalangan anak-anak muda, iaitu aktiviti basikal lajak. Namun selepas beberapa ketika hangat diperkatakan tentang masalah dan bahaya tentang aktiviti tersebut, pihak berkuasa telah mengeluarkan satu undang-undang di mana kalau anak yang naik basikal lajak, ibu bapa yang akan didenda sehingga RM 20,000.

Sumber imej: thestar.com.my

Lepas je pihak berkuasa buat undang-undang tu, kita dapat lihat aktiviti berbasikal lajak tidak lagi popular. Namun pada tahun 2020, aktiviti berbasikal di kalangan orang dewasa dekat lebuhraya pulak yang timbul. Aik? Budak basikal lajak tadi dah jadi dewasa dan start trend baru ke?

Memang bagus berbasikal sebab ianya baik untuk tubuh badan. Tapi kalau dah sampai ke highway pun nak berbasikal, itu bahaya namanya. Pada mulanya orang tak marah aktiviti berbasikal. Tapi sebab dah terlalu ramai, sehingga kadang-kadang sesuka hati tutup jalan pakai undang-undang sendiri semata geng basikal nak lalu, itu dah melebih namanya. Alih-alih, yang naik kenderaan bayar roadtax ni yang kena bagi jalan.

Sumber imej: kisahdunia.com

Selepas banyak sangat aduan yang diterima serta kecaman dari pengguna jalanraya yang lain, kini pihak berkuasa telah memutuskan untuk melarang sebarang aktiviti berbasikal di lebuhraya. Malah, mereka yang degil akan didenda sehingga RM 2,000. Mengikut Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, aktiviti berbasikal di lebuhraya merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dulu kes budak basikal lajak, mak ayah yang kena denda. Kalau kes berbasikal di lebuhraya ni takkan nak denda datuk nenek kan? Jadi sudah adil la denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa ni. Nasihat terbaik, kalau dah gian sangat nak berbasikal tu tak salah, tapi pilih la jalan yang betul. Ini main masuk je laluan kenderaan bermotor. Mana la orang lain tak marah.

Beberapa hari lepas, penulis menyaksikan sendiri di mana ada 2 orang polis trafik yang tengah kawal laluan trafik, sound baik punya dekat geng berbasikal ni. Sebab? Abang polis tu dah suruh semua kenderaan lain berhenti untuk bagi laluan pada kereta yang nak keluar simpang. Tapi geng basikal ni buat dek je. Lepas kena marah baru reti nak berhenti.

P/S: Kalau naik basikal memang wajib baju tu kena ketat sendat ke? Tanya je.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *