Dua Lelaki Beli Lamborghini Guna Duit Bantuan COVID-19

Sumber imej: carbuzz.com

 

Untungla. Kerajaan bagi duit bantuan Covid-19 di bawah Program Pinjaman Perlindungi Peribadi, tapi 2 lelaki ni salah guna duit bantuan tu untuk membeli kereta mewah Lamborghini. Lelaki yang pertama beli kereta Lamborghini Huracan yang bernilai US$318,000 (RM1.3 juta), manakala lelaki kedua pula beli Lamborghini Urus SUV mewah dengan enjin twin-turbo V8 yang bernilai US$222,000 (RM932,000).

Sumber imej: businessinsider.com

 

Sebenarnya, duit bantuan pinjaman itu patut digunakan untuk membantu peniaga kecil membayar gaji para pekerja selepas ramai antaranya yang terkesan akibat Covid-19. Namun bagi dua orang lelaki yang sangka mereka bijak ni, mereka salah guna duit tu untuk beli barang mewah untuk diri sendiri.

Lelaki pertama dari Florida, David Hines menerima US$4 juta (RM16.9 juta). Dia bukan sahaja membeli kereta mewah, tapi dia juga sempat gunakan duit tu untuk laman web temu janji (dating websites), beli barang perhiasan dan pakaian mewah, malah sempat berhibur di Miami Beach Resorts. Bila disiasat, rupanya kesemua ‘pekerja’ Hines sebenarnya tidak wujud. Sekiranya didapati bersalah, Hines akan dijatuhkan hukuman selama 70 tahun di dalam penjara.

Sumber imej: clickorlando.com

 

Bagi kes lelaki kedua pula, mungkin dia mendapat inspirasi dari kisah pertama. Lee Price, 29, yang berasal dari Texas, turut ditangkap kerana menggunakan teknik penipuan yang sama. Selain dari Lambo Urus, dia turut menggunakan duit tersebut untuk membeli jam mewah jenama Rolex serta sebuah truck 2020 Ford F-350, selain menghabiskan banyak wang di kelab malam. Orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Niat dua lelaki ni untuk tunjuk kaya berakhir di belakang tirai besi. Kan dah padan muka.

Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *