‘Drive-In Cinema’ Pertama Di Malaysia Bakal Diperkenalkan Ogos Nanti?

Sumber imej: trtworld.com

 

Menonton filem dalam kereta sudahpun diperkenalkan di Amerika Syarikat sejak tahun 1933 (87 tahun lalu). Namun disebabkan Covid-19, konsep menonton filem dari kereta atau drive-in cinema dilihat mendapat permintaan tinggi oleh peminat filem Malaysia. Pada 9 Julai 2020, kerajaan telah bersetuju untuk memberi kebenaran untuk aktiviti drive-in cinema, asalkan semuanya mengikut SOP yang telah ditetapkan. Antaranya:

1. Penonton mesti berada dalam kenderaan masing-masing
2. Penjualan makanan harus dibuat secara dalam talian (online)
3. Penonton harus ambil makanan secara pandu lalu (drive-thru)

Sumber imej: la-notizia.net

 

Lepas ni boleh la menonton filem dari kereta masing-masing seakan filem tersohor tahun 1978, Grease lakonan mantap John Travolta tu kan? Kalau sebelum ni ramai ibu bapa yang ada masalah untuk bawa anak kecil bersama, kini anda boleh angkut satu keluarga menonton filem dalam kereta masing-masing. Kalau anak kecil anda melalak sekalipun, anda dah tak ganggu penonton lain.

Sumber imej: worldofbuzz.com

 

Namun, pihak operator berkata konsep ini mungkin agak mencabar di Malaysia kerana faktor cuaca negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun. Antara faktor lain ialah kalau panas, takkan nak buka aircond sepanjang filem berlangsung? Macam mana kalau hujan lebat? Boleh ganggu penglihatan dan sound system juga tu. Lagi satu kalau tengok waktu malam boleh la buka tingkap kereta. Tapi nyamuk pula banyak. Acaner tu?

Sumber imej: unlphotojournalism.blogspot.com

 

Desas-desus mengatakan aktiviti ini bakal beroperasi di Malaysia bermula pada Ogos depan. Setakat ni filem apa yang bakal ditayangkan dan lokasi pawagam masih lagi rahsia. Sekiranya berminat, anda boleh tinggalkan alamat e-mail bagi senarai menunggu di www.mjunction.my. Sebarang pemberitahuan akan diumumkan kelak. Jadi pada yang tak sabar, boleh cepat-cepat book seat anda sekarang. Siapa cepat, dia dapat.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *