Doktor Gagal Daftar Nissan GT-R Sebagai Kenderaan Kecemasan

 

Kerjaya sebagai doktor memang memerlukan ketangkasan dalam melakukan tugas. Masa amat penting kerana jika terlambat walau sedikit, mungkin menyebabkan risiko yang teruk selain meragut nyawa. Oleh itu, seorang doktor dari Australia, iaitu Dr Michael Livingston, telah membuat satu permohonan lesen khas atau Emergency Vehicle Status (EVS) untuk kereta Nissan GT-R miliknya. Biasa kereta kecemasan ni macam kereta peronda atau van ambulans tu, yang mana kenderaan tersebut ada siren untuk tujuan kecemasan. Tapi kali ni bukan van biasa, sebaliknya Nissan GT-R tau.

Sumber imej: wrapstyle.com

Antara alasan kenapa beliau nak gunakan kereta peribadinya sebagai kenderaan khas adalah sebab beliau pernah berhadapan dengan beberapa situasi getir. Antaranya beliau pernah terpaksa memandu laju demi menyelamatkan seorang pesakit bronchitis bayi berusia setahun dan kerana kepantasannya, beliau sempat menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

Tetapi, walaupun niat doktor ini memohon lesen khas adalah suatu tindakan yang baik, namun malangnya pihak Department of Transport Australia menolak permohonan beliau. Kenapa? Ada dua sebab utama:

1. Pemandu lelaki lebih cenderung untuk memandu laju dan berisiko tinggi.

2. Hanya kenderaan yang termasuk sebahagian daripada armada perkhidmatan kecemasan negeri/negara yang boleh mendapat lesen khas, bukan kenderaan peribadi.

Tapi betul juga keputusan pihak Department of Transport Australia tu kan? Bukan apa, dengan kelajuan tinggi ni silap-silap nak selamatkan nyawa pesakit tapi bagi risiko tinggi pada pengguna jalanraya lain pula. Ambulans yang sedia ada pun dah memadai rasanya.

Sumber imej: news.detik.com

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.