Demi Populariti Di Snapchat, Wanita Sanggup Buat Aksi Tergantung Di Kereta Pada Kelajuan 177KM/J

Sumber imej: Snapchat

Seorang wanita di United Kingdom telah mengejutkan pelbagai pihak selepas video dia cuba untuk rakam aksi tergantung dari kereta dengan kelajuan 177 km/j menjadi tular. Lebih mengerikan, masa aksi tu dirakam, dia sempat berkata “Saya mungkin akan mati” sebelum terjatuh dari kereta tersebut. Wanita ni bertuah sebab walaupun terjatuh dalam kelajuan tersebut, dia masih terselamat dengan hanya mengalami beberapa kecederaan ringan.

Aksi yang dianggap kurang cerdik ni dibuat bukan untuk penggambaran filem. Tapi hanya sekadar suka-suka dan demi mengejar populariti di laman sosial khususnya Snapchat. Snapchat ni memang digilai ramai khususnya oleh Generasi Z, lebih-lebih lagi perempuan. Patut la wanita UK ni pun sanggup buat aksi gila macam ni. Kena pulak pakai baju macam tu. Memang sah-sah nak raih publisiti.

Sebenarnya, aksi ni bukan la kali pertama berlaku. Pada tahun 2017, seorang wanita Rusia yang hanya memakai pakaian dalam telah meninggal dunia kerana semasa tergantung di tingkap kereta, kepalanya telah terhantuk pada tiang lampu! Lagi malang, kejadian tersebut dirakam oleh kawan sendiri. Masa kejadian, kawannya yang juga pemandu telah merakam aksi wanita terbabit dan mungkin masa tu dia tak perasan yang jarak kereta mereka terlalu dekat dengan tiang lampu.

Harap-harap aksi macam ni jangan la wujud atau berjangkit di Malaysia. Bukan setakat bahaya, tapi ianya juga menyusahkan orang. Tak pasal-pasal anggota paramedik dan pihak polis terpaksa berkejaran ke tempat kejadian disebabkan aksi melampau yang dibuat demi populariti. Kalau buat kat sini, mahu nye kena ceramah panjang lebar dari abang polis, selain kena kutuk dengan Bawang Rangers Malaysia.

Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *