Demi Cabaran ‘Malaikat Maut’ Di TikTok, Remaja Digilis Lori

Sumber imej: remaja.my

Pengguna aplikasi TikTok ni ada yang kreatif, namun ada juga yang kurang cerdik bila buat pelbagai content mengarut semata untuk kejar populariti dan demi mendapat jumlah followers dan “likes”. Seperti beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang satu kejadian di mana seorang remaja maut akibat digilis lori, selepas dia menyamar menjadi ‘malaikat maut’ demi kandungan di TikTok. Ini bukan kali pertama pengguna aplikasi ni menemui ajal semata content tau. Macam-macam sungguh!

Sumber imej: jambi.tribunnews.com

Pada mulanya, sekumpulan remaja di Indonesia itu tekad menyamar menjadi malaikat maut untuk prank pengguna jalanraya. Apa yang mereka lakukan adalah mereka akan menghalang laluan pengguna jalanraya di lebuhraya RE Martadinata, Bekasi. Sebelumnya, tujuh rakaman pertama tiada tragedi malang yang berlaku. Namun malangnya pada rakaman kelapan, nasib tidak menyebelahi kumpulan remaja terbabit apabila seorang pemandu lori gagal untuk memberhentikan kenderaannya lantas melanggar ketiga-tiga remaja berkenaan. Hasil daripada kemalangan tersebut, seorang di antara remaja terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya cedera parah dan dirawat di Hospital Cikarang.

 

Sumber imej: medan.tribunnews.com

Hasil siasatan pula mendapati, remaja yang terlibat itu memang bersalah kerana melakukan aksi yang bahaya. Namun mereka juga turut menyalahkan pemandu lori kerana kelihatan dia tidak cuba menekan brek atau membelok untuk menghindari mangsa walaupun jarak antara lori dan mangsa pada ketika itu adalah sekitar 36 meter. Jadi, ada pihak yang mendakwa mungkin pemandu lori itu ‘geram’ dengan aksi remaja yang sanggup menghalang jalan semata TikTok. Apa-apa pun, kita berserah kepada pihak berkuasa untuk menentukan siapa yang patut bertanggungjawab.

Ironi kan? Si mangsa berlakon jadi ‘malaikat maut’ dan sekali memang malaikat maut yang betul datang menjemput si mangsa. Itulah, kalau nak buat content pun biarlah yang tak membahayakan diri dan orang lain. Semoga kejadian ni tak jadi kat orang lain. Pengguna TikTok Malaysia pun jangan cuba nak tiru content macam ni pula.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.