David Beckham: Dulu Bola Sekarang Miliki Syarikat Kereta Elektrik, Lunaz

Sumber imej: autobuzz.my

David Beckham. Siapa yang tak kenal. Samada orang itu peminat bola atau tidak, rata-rata akan kenal dengan nama pemain bola lagenda ni. Kalau masa zaman dia muda dulu, boleh meroyan gadis-gadis yang tengok dia ni. Sebab itu Victoria Beckham (member Spice Girls) pun sangkut. Umum ketahui yang David Beckham ni pernah bermain untuk kelab ternama dunia seperti Manchester United, Real Madrid, A.C Milan dan muncul tiga kali dalam FIFA World Cup (1998, 2002 dan 2006) untuk mewakili negaranya, England.

Sumber imej: express.co.uk

Tapi itu zaman dulu-dulu la. Sebab selepas beliau dah pun bersara daripada sukan bola sepak sekitar tahun 2013, beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan pula. Terbaru, beliau telah pun membeli 10 peratus pegangan dalam syarikat yang mengubahsuai kereta klasik kepada kereta elektrik, Lunaz.

Sumber imej: automundo.com.ar

Bagi rakyat Malaysia, mungkin jenama kereta Lunaz ini merupakan sesuatu yang baru. Tapi kalau kat sana, Lunaz ni memang sangat terkenal sebab sudah melakukan banyak pengubahsuaian daripada kereta klasik menjadi kereta elektrik termasuklah model 1961 Rolls-Royce Phantom V dan Rolls-Royce Silver Cloud, 50 kereta klasik Range Rovers, Bentley termasuk 1961 Bentley Continenral Flying Spur dan juga Jaguar.

Selain David Beckham, Rueben dan keluarga Barclay turut menjadi pelabur dalam syarikat Lunaz. Antara rancangan masa depan syarikat adalah mereka akan mengembangkan syarikat dalam pembuatan semula serta mengubah kenderaan menjadi lebih mesra alam dan lebih 500 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang tahun 2024.

Sumber imej: drive-my.com

Sumber imej: carscoops.com

Sumber imej: forbes.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *