Dato’ Sri Sunny Tak Lokek Guna Brabus G700 6X6 Bantu Mangsa Banjir. Kereta 6 Tayar, Harga RM 5 Juta!
Banjir tahun 2021 ini merupakan antara salah satu banjir yang terburuk dalam lipatan sejarah Malaysia. Ramai yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda dalam sekelip mata. Dalam keadaan sekarang, ramai pihak yang prihatin turut turun padang membantu mangsa banjir. Ini termasuk Dato’ Sri Sunny yang sememangnya tidak lokek untuk menggunakan kereta model Brabus G700 6X6 miliknya untukmembantu mangsa banjir yang dapat dilihat menerusi satu hantaran di Twitter oleh Nedim Nazri Aziz:
Sememangnya, kereta dengan 6 roda ini sangat jarang dilihat apatah lagi di bumi Malaysia. Jadi, apabila ia membuat kemunculan, sudah pasti akan menarik perhatian umum. Dengan enjin 5.5-liter V8 bi-turbo DOHC 32-injap, model Mercedes-Benz G-Wagon yang ditala oleh AMG ini menghasilkan 536 kuasa kuda dan 760 Nm. Harganya pula? Sekitar RM 5 juta! Patut la cuma ada 15 unit sahaja model ini di Malaysia.
Mungkin ramai yang bertanya, siapa Dato’ Sri Sunny ni? Beliau merupakan salah seorang peminat dan juga pengumpul model kereta mewah yang sangat terkenal di Malaysia. Bukan setakat Brabus G700 6X6, malah beliau juga mempunyai koleksi kereta mewah yang lain termasuk Lamborghini Aventador, Rolls Royce Phantom dan juga Aston Martin Cygnet. Tak silap model McLaren pun dia ada.
Sumber imej: instagram.com
Biasanya, kereta yang mahal ni sangat dijaga dan kalau boleh hanya untuk pameran semata-mata bukan? Namun tidak bagi seseorang yang dermawan seperti beliau. Menariknya, disebabkan kereta ini dalam kategori ‘rare’ jadi berita tentang kereta ini keluar untuk menolong mangsa banjir di Malaysia turut mendapat perhatian daripada Top Gear Philippines!