Covid-19: Jenis Pengguna Jalanraya Yang Ditahan Sepanjang PKP

Sumber imej: bharian.com.my

Akibat kedegilan sesetengah rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP Covid-19, fasa kedua untuk mengawal penularan wabak dijangka akan lebih ketat dan tegas. Fasa kedua yang akan bermula dari 1 April 2020 juga melihat lebih banyak jalan raya utama yang ditutup demi memastikan rakyat Malaysia tidak keluar ‘berkeliaran’ tanpa sebab yang munasabah.

Tau la sekarang harga minyak murah. Tapi ini bukan masa untuk keluar berjalan-jalan. Selain degil, jom kita kenali jenis-jenis pengguna jalanraya yang ditahan sepanjang PKP.

 

1. JENIS KURANG SABAR

Sumber imej:: khalifahmedianetworks.com

Sabar itu separuh dari iman. Beberapa hari yang lepas, sebuah kereta Proton Gen-2 telah melanggar sekatan jalan raya yang diadakan di Melaka. Akibat perbuatan kurang sabar tu, seorang pegawai polis hampir maut tau. Dah la langgar orang, bawak girlfriend lagi tu. Kini, mereka berdua telah dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana gagal mematuhi PKP selain didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas dakwaan cubaan membunuh. Selamat bercinta la korang dalam lokap yea.

 

2. JENIS MULUT LASER

Sumber imej: mstar.com.my

Kerana mulut badan binasa. Itulah yang boleh digambarkan kepada seorang wanita yang memaki anggota polis yang membuat sekatan jalanraya di Petaling Jaya, beberapa hari lepas. Dia dipercayai memaki pihak polis dengan menjerit “Hoi stupid idiots! Sekat jalan sampai jem teruk everywhere! Menyusahkan orang!” Mengikut saksi, wanita itu turut membunyikan hon berkali-kali hampir setengah jam akibat tidak puas hati. Hmm, tak pasal-pasal kena tahan di Balai Polis Damansara. Boleh geng dengan Diva AA ni.

3. JENIS PENJENAYAH

Sumber imej: hmetro.com.my

Sumber imej: careta.my

Kalau tak salah, takkan nak lari kan? Macam kes kereta Toyota Alphard putih tu seludup orang. Kejadian yang berlaku di Gua Musang itu dipercayai membawa lima pendatang asing tanpa izin (PATI). Pemandu tersebut enggan berhenti di sekatan dan dikejar kenderaan polis sehingga ke jalan Kuala Lipis. Akhirnya polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan kereta terbabit terbabas ke longkang. Kes kereta Audi hitam tu pula seludup dadah jenis ketamin selain langgar 20 kon sekatan. Pemandu juga ditemui positif methamphetamine. Positif dadah tau, bukan positif Covid-19. Kalau tak semua polis yang berkaitan pun kena kuarantin.

4. JENIS TAK RETI DUDUK RUMAH

Sumber imej: bharian.com.my

Di antara semua jenis-jenis di atas, jenis ni yang paling ramai dan sukar dibendung. Kenapa diberi nama jenis tak reti duduk rumah? Sebab mereka ni la yang bila ditahan, beri alasan tak masuk akal. Macam di Putrajaya, dua lelaki ditahan sebab bagi alasan nak ke rumah kawan sebab nak bagi resipi. Takde internet ke bang? Di Sik, Kedah pula alasan nak minta rokok dengan kawan. Rokok bercatu ke apa? Lagi kelakar, alasan beli makanan. Tapi masalahnya takkan sampai empat kali sehari bang oi? Sampai polis kenal muka dan naik muak. Apa ke benda la korang ni. Cari la alasan bermaruah sikit kalau tak suka sangat duduk rumah tu. Taula bosan berkurung di rumah. Tapi takkan sampai nak merasa berkurung di lokap pulak kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *