Covid-19: Jalanraya Seluruh Dunia Macam Zombieland. Tapi Malaysia Masih Sama?
Read this article in English.
Jumlah kematian seluruh dunia meningkat dengan mendadak. Sektor perniagaan lumpuh. Jalan raya kini tak ubah seperti jalan kosong dalam filem seram. Semua gara-gara Coronovirus yang bermula dari Wuhan, China. Siapa sangka jalan utama dunia yang dulunya sesak, kini kosong. Dah macam lagu Najwa Latif. Kosong…Kosong…
1. WUHAN, CHINA
Gambar yang ditunjukkan di atas ialah dua pemandangan berbeza di Jambatan Yingwuzhou Yangtze sebelum dan selepas wabak Covid-19 menyerang Wuhan, China. Gambar pertama tu pada 12 Januari 2020, sebelum ‘lockdown’. Manakala gambar kedua ialah pada 28 Januari 2020 semasa ‘lockdown’.
2. NEW YORK, USA
Tengok. Bandar besar dan antara tempat paling mustahil untuk ‘mati’ di sekitar Times Square, New York pun boleh kosong selepas kena kuarantin. Kerajaan mereka telah mengeluarkan arahan bahawa sesiapa yang datang atau keluar dari bandar New York untuk ‘self-quarantine’ selama 14 hari. Ini kerana 60 peratus kes Coronavirus yang direkodkan berasal dari kawasan bandar New York.
3. PARIS, PERANCIS
Gambar di atas ialah perbezaan jalan paling popular di sekitar Paris iaitu Champs-Elysees. Bagi kaki shopping atau fashion, jalan ni memang tersangat popular. Namun selepas perintah ‘lockdown’ diumumkan, jalan ni nampak macam jalan mati. Berita terbaru, Menteri Kesihatan Perancis mengumumkan perintah ‘lockdown’ mungkin akan berlanjutan lebih daripada 15 hari.
4. MANILA, FILIPINA
Mengikut TomTom Traffic Index tahun 2019, Metro Manila merupakan jalan kedua paling sesak di dunia selepas Bengaluru, India. Namun sekarang ianya ibarat ‘ghost town’ selepas kena kuarantin dan seluruh negara dikawal ketat oleh pihak polis dan tentera Filipina.
5. SINGAPURA – MALAYSIA
Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan, Kementerian Dalam Negeri telah menegaskan larangan berulang-alik ke Singapura bagi pekerja Malaysia yang mempunyai permit kerja sah di Singapura. Jadi, majikan sana kena sediakan kemudahan penginapan bagi pekerja. Sebab tu la, jalan yang tak pernah tak jem macam Woodlands Causeway antara Singapura dan Malaysia ni pun kosong.
6. MALAYSIA
Eh..macam takde beza je jalan raya kat Malaysia antara sebelum dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan? Berita yang dikeluarkan pada hari Rabu, 25 Mac 2020 mengatakan masih ramai rakyat kita yang degil. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dimulakan sejak minggu lepas, jalan utama di Malaysia seperti Lebuhraya Persekutuan masih lagi jem teruk! Mengikut abang polis, alasan yang diberikan tak munasabah langsung. Antaranya nak siram pokok di pejabat, nak hantar kek, beli surat khabar dan bungkus makan tengah hari. Wahai rakyat sekalian. Pokok tak mati la tak bersiram sebulan pun. Yang kata nak beli surat khabar tu, tak reti baca berita online ke? Yang nak beli makanan, Grab Food & FoodPanda kan ada? Korang dah kenapa!
Rakyat seluruh negara tolong la hormat dan patuh arahan sikit. Cuba tengok contoh macam jalan kat kawasan Ampang tu. Antara tempat paling popular dengan tahap jem gaban pun boleh jadi macam Zombieland.
Come on, Malaysians! Masa ni la semua kena duduk rumah. Dulu-dulu bukan main kata nak bekerja demi keluarga, bising kalau cuti tak lepas. Tapi bila dapat arahan berkurung di mana korang boleh spent time dengan dengan family, boleh pulak korang merayap. Ni ha kita bagi list lagi negeri mana yang patuh, berdisiplin dengan negeri mana yang paling degil. Mana yang patuh tu syabas. Yang degil tu, malu la sikit.