Chevrolet Tawar Hati Nak Taja Manchester United?

Source: gmauthority.com

Beberapa hari lepas, heboh dengan berita Chevrolet bakal menghentikan tajaan mereka kepada kelab bola gergasi, Manchester United. Kenapa? Desas-desus mengatakan punca utama adalah disebabkan prestasi kelab bola tersebut yang dilihat semakin merosot dari musim ke musim, bermula dari saat persaraan Sir Alex Ferguson.

Bagi pihak Chevrolet, amat tidak berbaloi untuk meneruskan tajaan terbesar jersi dalam sejarah bola sepak yang melibatkan nilai sehingga £400 juta (lebih 2 bilion Ringgit) selama 7 tahun sekiranya prestasi mereka semakin ‘hambar’. Oppsss..

Source: betbola.info

Tu rasa tidak puas hati oleh pihak Chevrolet la. Bagi pihak Manchester United, mungkin mereka tak rasa tertekan. Cuma, mereka kena la cari penaja jersi baru yang dianggap ‘agak sukar’. Kenapa? Sebab tawaran yang diberikan oleh Chevrolet sebelum ni adalah antara yang terbesar dalam sejarah. Paling tak mesti nak cari penaja yang hampir sama nilainya. Tak gitu? Peminat bola pun siap banyak yang ‘troll’ situasi ni dengan menggantikan logo Chevrolet dengan pelbagai logo lain sebagai ejekan. Antaranya menggantikan logo Chevrolet dengan logo ‘The Muppets’ dan juga ‘Comedy Central’.

Source: foxsportsasia.com

Tapi sekurang-kurangnya lepas ni pemain kelab Manchester United dah boleh bebas memilih untuk pandu mana-mana jenis jenama kereta la kan? Kan dulu pernah ada isu pemain Manchester United hanya boleh pandu kereta Chevrolet dan dilarang untuk pandu kereta jenama lain (Porsches, Range Rovers). Chevrolet siap bagi kereta percuma, tapi malangnya sambutan dari pemain tak menggalakkan. Paling tak pun pemain seperti Mata, De Gea dan Evans pernah pandu Chevrolet Captiva, selain Daley Blind dan beberapa ‘player’ lain pernah pandu Chevrolet Camaro. Untungla, dapat kereta percuma pun sampai kena paksa untuk pandu.

Source: gmauthority.com 
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *