Bukan Di China. Tapi Malaysia Pun Banyak Kereta Klon Rupanya

Sumber imej: hmetro.com.my

Ingat di China je ke ada kereta klon? Di Malaysia pun ada tau tak. Pernah tak dengar berita orang tu selalu kena saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, tapi tuan kereta tak pernah pun ke kawasan tu? Hal macam ni dah banyak kali terjadi di Malaysia sampai la tuan tu mengadu kepada pihak berkuasa. Alih-alih, ada orang klon keretanya. Lagi parah, bukan setakat jenis kereta dan warna sahaja yang ‘kembar’, roadtax kereta pun sama!

Sumber imej: ohmymedia.cc

Kejadian terbaru, tiga individu termasuk seorang wanita ditahan pihak polis selepas didapati mereka memiliki sebuah kereta Honda Civic, Audi A4 dan Mini Cooper S klon. Bila pihak polis semak nombor enjin dan casis kereta, memang tak sama langsung dengan yang didaftarkan. Pemilik kereta klon ni, kalau tengok lagak, memang macam orang kaya sebab semua kereta klon ni memang tiru kereta import di mana harga asalnya di Malaysia boleh cecah ratusan ribu ringgit. Sebenarnya kan, dari beli kereta mewah tapi klon, baik beli je kereta buatan Malaysia. Buat malu je kalau kena dengan polis.

Sumber imej: hmetro.com.my

Macam kes tahun lepas pula melibatkan kereta mewah jenis Toyota Vellfire. Tuan pemilik kereta asal telah upload satu video dimana dia terkejut bila dia terjumpa sebuah kereta dengan jenis model, warna dan nombor plat yang sama dengan keretanya di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur. Lepas laporan dibuat, lelaki yang naik kereta klon itu telah ditangkap.

Sumber imej: mekanika.com.my

Selain itu, kita pernah juga dikejutkan dengan berita seorang peniaga kosmetik ni disita gara-gara kereta mewah BMW 320i yang baru beberapa hari dimiliki tu rupanya kereta klon. Katanya dia beli sebab harga murah dari pasaran. Ini pun kes naya dan malu jugak ni. Lagi kelakar, sindiket ni guna nombor plat motosikal.

Tapi kan, sehebat mana pun kita klon kereta, memang tak boleh nak bandingkan dengan China. Kalau di sana siap ada kereta yang diberi nama Luxing iStar yang dari depan macam Mercedes GLC atau A Class, tapi dari sisi macam Perodua Kenari. Harganya cuma RM 14,000 dan kelajuan paling maksimum pula hanya 45km/j. Ha?

Sumber imej: carnewschina.com

Selain itu, pada peminat kereta sport ala-ala Pagani Huayra tapi tak cukup bajet nak beli, anda mungkin berminat nak beli Liu Shengqi yang mana harganya cuma sekitar RM 25,000 sahaja. Tapi kalau orang ajak race, memang confirm kalah teruk. Sebab kelajuan maksimum cuma 40km/j.

Sumber imej: carbuzz.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *