Boleh Tak Kita Dapat ‘COVID-19 Refund’ Untuk Insurans Kereta?

Read the English version of this article here.

Sumber imej: carsome.my

Sepanjang tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020, banyak kereta yang hanya mampu tersadai di rumah. Yealah, kalau nak keluar beli barang dapur pun bukan boleh pergi jauh. Hanya dalam radius tak lebih 10km dari rumah. Syukur sekarang okay la sikit, dah boleh pergi kerja. Cuma tak boleh merentas negeri atau daerah je semasa Aidilfitri nanti. Jadi disebabkan itu banyak kereta di rumah agak tersadai. Persoalannya, kereta tak bergerak, tapi bayaran kepada company insurans berjalan. Anda rasa adil ke kalau tiada diskaun langsung?

Sumber imej: malaymail.com

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh suratkhabar Malay Mail, jumlah kemalangan jalan raya berkurang sehingga 70 peratus sepanjang tempoh PKP. Jadi, jumlah kemalangan harian yang sering dilaporkan adalah lebih dari 1500 kes setiap hari dan semasa PKP, jumlah tersebut menurun sehingga hanya lebih kurang 300 kes sehari. Ada hikmah juga PKP kan?
Kalau kita tengok contoh di negara seperti USA dan negara-negara di Eropah, kebanyakan syarikat insurans kenderaan memberikan keistimewaan kepada pelanggan mereka seperti diskaun atau rebat sehingga 25% sepanjang tempoh PKP atau ‘lockdown’. Ada juga yang memberikan diskaun sehingga 35%. Malaysia tak nak tiru ke?

Bagi pendapat peribadi penulis, mungkin pihak syarikat insurans kenderaan di Malaysia boleh turut sama memberikan diskaun kepada para pelanggan. Sedangkan bank pun ada bagi moratorium selepas digesa kerajaan, bagi mengurangkan bebanan rakyat. Bukan apa, kita semua tahu yang wabak Covid-19 telah menjejaskan ekonomi kepada seluruh dunia. Kesannya memang ketara dan dirasai oleh semua pihak, baik pihak kerajaan atau individu. Jadi tak salah andai negara kita juga ambil pendekatan sama, dengan memberikan diskaun kepada pelanggan.

Mana la tau kan, anda tunjuk rasa keprihatinan pada pelanggan, dan kelak pelanggan anda semakin bertambah. Tak mustahil orang akan kata, pilih la insurans dari syarikat tu, sebab masa Covid-19 haritu mereka bagus, bagi diskaun kepada pelanggan.

Apa anda rasa? Setuju atau tidak?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *