BMW, MINI Hadapi Krisis Kekurangan Cip Semikonduktor

Akibat pandemik Covid-19, sekatan kerajaan Amerika Syarikat ke atas syarikat teknologi China serta keadaan cuaca buruk telah memberikan impak besar kepada pengeluaran cip semikonduktor di seluruh dunia. Lantas, dunia kini sedang menghadapi krisis kekurangan cip yang menyebabkan banyak industri serta barangan elektronik seperti kenderaan, telefon pintar, TV dan lain-lain menghadapi masalah dalam menghasilkan produk yang mencukupi.

Malah, syarikat pengeluar kereta mewah gergasi seperti BMW juga tidak terkecuali. Mana tidaknya jika purata cip semikonduktor yang digunakan oleh sebuah kereta adalah sekitar 50 hingga 150 cip. Jadi, akibat masalah kekurangan cip ni, syarikat BMW terpaksa menghentikan buat sementara pengeluaran kereta MINI di kilang mereka di Oxford, England selama beberapa hari.

Sumber imej: autocar.co.uk

Sumber imej: europe.autonews.com

Bagi pelanggan, kekurangan cip ini sebenarnya agak memberi kesan. Ini kerana, harga sesebuah kereta yang dikilangkan selepas ini berkemungkinan akan meningkat sehingga 3 peratus. Malah, di negara seperti Amerka Syarikat sendiri dapat melihat bahawa harga kereta melonjak sehingga 8.3 peratus berbanding tahun lepas. Selain itu, ada juga pelanggan yang sanggup membayar lebih daripada 5 peratus harga asal sesebuah kereta semata-mata nak dapatkan kereta idaman dengan lebih cepat.

Kalau di Malaysia sekarang, selain daripada cip semikondutor, ada lagi satu jenis cip yang kelihatan berkurangan di pasaran dan menimbulkan kerisauan di kalangan pembuat kek dan kuih raya. Iaitu cip coklat. Dekat rak pun kosong je. Katanya raya tahun ni dalam PKP lagi. Hmm..

Sumber imej: beta.wasfetmama.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *