Bila Lori King Kong Keluar Bantu Mangsa Banjir

Sumber imej: facebook.com

“Dumper truck” sebenarnya amat jarang ditemui sebab mereka selalu berada di kawasan perlombongan dekat bukit atau hutan je. Saiz dumper truck atau orang panggil ‘lori king kong’ ni sememangnya sangat besar. Bayangkan saiz lori biasa kita nampak atas jalan tu akan nampak kecik berbanding dumper truck ni. Lihat sahaja gambar, satu lorong jalan tu tak muat untuk dia lalu.

Sumber imej: kosmo.com.my

Namun, baru-baru ni ramai netizen mula kongsikan gambar dumper truck yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Pahang. Mereka memuji pengendali jentera berat ni yang dikatakan dari Lombong Emas Penjom kerana sudi ‘turun padang’ untuk membantu mangsa banjir dan memindahkan mereka ke tempat yang lebih selamat.

Sumber imej: siakapkeli.my

Sumber imej: forum.lowyat.net

Selain memberikan pujian, ada juga netizen yang kongsikan tentang lori ni. Mereka kata ini merupakan dumper truck jenis Caterpillar 773B/773E dengan ketinggian 4,000mm dan panjang 9,120mm. Memang besar kan? Namun ada juga yang mengatakan saiz dumper truck di Malaysia ni merupakan antara yang kecil kalau nak dibandingkan dengan saiz ‘abang’ dia yang lain yang selalunya hanya didapati di luar negara. Besar macam mana tu? Lihat gambar di bawah ni:

Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *