Bila Kerajaan Wajibkan Carseat, Pencuri Pula Beriya Curi Carseat

Image source: babylist.com

Sejak kerajaan wajibkan carseat bermula tahun 2020, pelbagai reaksi dari ibu bapa yang kita dapat. Ada yang setuju, ada juga yang mengecam. Setuju untuk keselamatan, tapi kecam kerana harganya yang tinggi dengan jumlah anak yang ramai dan saiz kereta yang kecik. Benda ni sebenarnya bergantung kepada ibu bapa sendiri. Yang mampu nak beli, sila beli. Yang tak nak beli sebab alasan tertentu, terpulang.

Source: gifer.com

Beli atau tidak, itu hak individu. Cuma, kalau tak mampu atau nak untung JANGAN SAMPAI MENCURI hak orang lain. Patutlah hukuman untuk pencuri di Qatar dan Arab Saudi ialah dengan memotong tangan. Sebab mencuri adalah satu kegiatan yang menyusahkan dan merugikan orang lain. Ibu ayah bukan main buat simpanan, beli carseat mahal dan berkualiti untuk anak kesayangan. Tapi senang-senang je geng pencuri ni buat untung kan?

Source: republika.co.id

Macam kes yang tular beberapa hari lepas apabila seorang ibu kongsi kisah carseat anaknya dicuri. Bukan di kawasan tertutup tau, tapi di sebuah pasar raya di Johor Bahru. Berani weh! Cermin tingkap dipecahkan dan carseat jenama terkenal Chicco telah dicuri. Kalau nak tau, carseat jenama Chicco ni pun boleh tahan harga dia. Anggaran dalam RM 500 – RM 2,200. Lagi buat wanita itu berang ialah bukan setakat carseat, mainan anak dia pun kena cekau sekali. Pelahap sungguh pencuri ni.

Source: sinarharian.com.my

Rata-rata netizen juga mengutuk perbuatan mencuri carseat yang dianggap ‘terdesak’. Mereka juga berpendapat bahawa sang pencuri tahu harga carseat mengikut populariti, kualiti dan jenama. Kena pulak tahun depan carseat diwajibkan. Jadi sudah tentu dapat permintaan tinggi. Apa lagi? Tahun 2019 ni geng pencuri kumpul stok dulu. Tahun depan jual ‘half price’. Tak gitu?

 

Sebenarnya, bukan kat Malaysia je carseat menjadi dambaan penjenayah. Di Amerika Syarikat lagi dahsyat. Orang curi carseat untuk trade-in carseat di Walmart semata-mata nak dapatkan voucher $30 (RM 123) gift card. Apa-apa pun, kes kecurian memang satu penyakit berjangkit. Kalau terjadi kat sana, kat sini pun tak mustahil.

Kesimpulannya, kerajaan wajibkan carseat untuk tingkat keselamatan anak-anak, kalau takde kena saman. Kalau buat simpanan dan beli, kena curi pulak. Nak guna cermin gelap supaya orang tak nampak barang berharga dalam kereta, tak boleh. Yang kena saman pun kita, yang kena curi pun barang kita. Ada penyelesaian tak agaknya?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *