Biar Betul Proton? X50 Dah Muncul Tapi Pemilik X70 Tak Puas Hati. Kena Tunggu Spare Parts Sampai Berbulan!
Selepas pelbagai spekulasi keluar tentang bila X50 nak munculkan diri di pasaran Malaysia, kini anda dah boleh buat booking Proton X50 bermula dari 16 September 2020 sempena Hari Malaysia. Booking tak mahal pun, cuma RM 500. Untuk pengetahuan anda, terdapat empat variasi bagi Proton X50, iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship.
Turut dikenali sebagai ‘adik’ kepada Proton X70, kereta Proton X50 dikatakan mempunyai saiz yang agak kecil sedikit, dengan lebar 1,800 mm, panjang 4,330 mm dan tingginya pula 1,609 mm, iaitu 139 mm lebih rendah dari Proton X70. Untuk lebih mudah tentang perbezaan saiz, anda boleh bayangkan saiz Proton X70 ibarat saiz Honda CRV, manakala Proton X50 ibarat Honda HRV.
Walaupun pihak Proton sekarang agak gembira dengan ‘kelahiran’ si ‘adik’, namun lain pula cerita panas yang tengah hangat diperkatakan tentang mutu After Sales Service si ‘abang’ iaitu X70. Ramai pemilik-pemilik kereta Proton X70 dikatakan naik angin dengan mutu servis yang sendu. Mereka turut tuduh pihak Proton hanya kejar jumlah jualan semata-mata dan pemilik sedia asal dipinggirkan. Malah, ramai antara mereka yang berkongsi masalah di media sosial, di mana mereka terpaksa tunggu spare parts Proton X70 sampai berbulan-bulan! Seriuslah Proton?
Lagi sedih, bila dipersoalkan tentang isu ini kepada pihak Proton, ramai yang bagi alasan sebab Covid-19. Maka produksi agak perlahan. Jujur la, isu ni muncul sejak April tahun 2019 lagi. Masa tu, Covid-19 belum muncul, okay? Lagi kelakar, ada pihak yang bagi alasan sebab ramai sangat yang beli kereta X70, maka spare parts memang berkurang atau limited.
Yang peliknya, kereta paling laku di Malaysia a.k.a Perodua Myvi takde pun isu kekurangan spare parts sebab ramai orang beli? Kata orang, terima la aduan dari pengguna untuk tambah mutu servis, bukan cari alasan nak back up diri sendiri.
Diharap pihak Proton jangan ambil ringan tentang isu macam ni sebab ia melibatkan pengguna dalam jumlah yang ramai. Malah, ramai juga bakal pembeli yang membatalkan hasrat untuk memiliki kereta X70 atau X50 gara-gara ‘bad review’ tentang After Sales Service dari pemilik yang sedia ada. Bila orang kongsi masalah, cuba dengar masalah mereka dan cari penyelesaian terbaik.
Jangan pula menuduh orang kita tak “support” barang Malaysia. Kerana “support” dan sayang pada Proton la mereka tegur supaya Proton meningkatkan mutu servis setaraf lima bintang. Paham ke tak paham? Jangan ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Kalau pengguna boikot, silap-silap menangis bucu katil nanti.