Betul Ke Kereta Moden Boleh Curi Data Peribadi Pemilik Tanpa Mereka Sedar?

Sumber imej: which.co.uk

Berapa ramai antara kita yang pernah terfikir tentang sejauh mana tahap keselamatan data peribadi kita? Dahulu pernah keluar isu yang smartphone yang kita gunakan tidak selamat. Malah ada tuduhan yang dibuat mengatakan sesetengah kerajaan negara luar mencuri data peribadi pelanggan, untuk tujuan promosi, mengkaji keperluan dan kehendak pelanggan serta lagi bahaya, untuk dijual kepada pihak ketiga!
Takkan anda lupa kontroversi yang melanda Facebook selepas ada syarikat yang boleh akses maklumat pengguna untuk bantu Donald Trump menang pilihan raya presiden tahun 2016?

Sumber imej: algorit.ma

Kini, dunia dah serba canggih. Kereta keluaran zaman sekarang pun sangat moden di mana kita boleh akses radio Internet di dalam kereta, isyarat lalu lintas, sistem navigasi, menyambung panggilan terus daripada smartphone sehingga melayari lagu dari Youtube. Bagi sesetengah orang, kita mungkin suka dengan teknologi sebegini. Namun, tanpa sedar adakah kita sebenarnya diperhatikan?

Sumber imej: forbes.com

Pada tahun 2019, sebuah laporan dari Forbes.com telah mengatakan sebanyak 198 juta data peribadi pembeli kereta terdedah dengan kebocoran data atau ‘dicuri’. Data tersebut merangkumi nama, alamat, alamat IP yang digunakan, minat serta maklumat pinjaman dan kewangan mangsa juga turut terdedah. Maka, laporan itu telah mengukuhkan lagi laporan pada tahun 2017 di mana seorang penulis Washinton Post telah ‘membuka’ sebuah kereta jenis Chevrolet Volt 2017 dengan bantuan sebuah syarikat bernama ARCCA. Lagi mengejutkan, dengan menggunakan beberapa perisian, dia mampu mendapat akses tentang lokasi kereta, cara pemanduan, log panggilan telefon, kenalan termasuk alamat dan e-mail mereka, malah gambar kenalan juga akan ditemui.

Lagi menarik, dia sampai boleh tahu panggilan telefon dari mana paling kerap dibuat oleh pemilik kereta tersebut, restoran kegemaran, destinasi pilihan sehinggakan stesen minyak mana yang disukai mangsa. Bukan itu sahaja, butiran kad kredit, laporan perubatan serta baki dalam akaun bank anda pun mereka boleh tahu tau!

Jadi, adakah anda rasa anda selamat atau anda rasa anda sering diperhatikan?

Source: telematicswire.net
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *