Betul Ke Bill Gates Guna Porsche Bila Curang Dengan Isteri

Read our coverage of this topic in English here

Sumber imej: luxurylaunches.com

Siapa yang tak kenal dengan nama Bill Gates? Lelaki yang pernah menduduki tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia dari tahun 1995 hingga 2017 (kecuali tahun 2010 hingga 2013). Kini, dengan kekayaan mencecah sehingga US$126.7 bilion (RM 521 bilion), dia menjadi manusia keempat terkaya dunia. Walaupun statusnya terkenal sebagai lelaki kaya dunia, ramai yang memuji sikap, kemesraan dan kesetiaannya bersama isteri, Melinda French Gates. Kononnya ramai yang kata dia ni walaupun kaya, tapi masih setia dengan isteri dan usia perkahwinan mereka pun sudah mencecah 27 tahun.

Sumber imej: the-sun.com

Walaupun dari luar nampak bahagia, namun baru-baru ni isterinya telah menuntut cerai. Tidak lama kemudian, mula keluar cerita yang sebenarnya Bill Gates ni dah curang. Malah ada sumber yng mengatakan, dia akan keluar untuk ke tempat kerja dengan menaiki Mercedes sebelum menukar kepada kereta Porsche. Selain itu, sumber terdekat juga mengatakan yang dia akan menaiki kereta Porsche setiap kali dia mempunyai ‘meeting’ bersama seseorang yang tiada dalam catatan kalendarnya.

Selain itu, Bill Gates juga dituduh sengaja memiliki kereta sport itu untuk melakukan hubungan intim dengan seseorang yang lebih muda. Ini kerana, kereta seperti Porsche itu turut dikatakan mampu menarik minat gadis muda untuk ikut bersama lelaki seusianya. Malah ada bekas pekerja yang mengakui bahawa kadang-kadang Bill Gates akan menyuruh pekerjanya untuk menghantar kereta Porsche itu untuk menggantikan kereta Mercedes miliknya ke tempat kerja.

Sumber imej: thesun.co.uk

Kesimpulan dia, sebenarnya kalau bila nak curang tu usahkan Bill Gates yang kaya, atau guna kereta mewah seperti Porsche. Orang yang makan gaji, naik Kancil atau Myvi pun boleh curang kalau dia nak. Tapi kena berani buat, berani tanggung. Jangan jadi macam kes kat bawah ni. Hancur kereta suami kena langgar isteri sendiri bila kantoi suaminya ada perempuan lain. Dasyat akak ni.

Sumber imej: sajaheboh.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.